11 August 2012

Kerana apabila kamu SOLEH (perbaiki diri sendiri) kamu mampu untuk MUSLIH (memperbaiki diri orang lain)."

Terdiam saya mendengar ceramah seorang Ustaz di Ikim. Beliau menaqalkan kalam ulama' dengan berkata:

"Kamu sebagai pendai'e perlu menjadi SOLEH. Kerana apabila kamu SOLEH (perbaiki diri sendiri) kamu mampu untuk MUSLIH (memperbaiki diri orang lain)."

Kalam yang benar.

Foto: Anak kecil yang comel tanpa dosa. Melihatnya sudah mampu membuatkan lidah berkata: "Bismillahi masyaAllah, cantiknya."

Kiaskanlah rupa paras yang indah itu kepada rupa akhlak yang indah. Kerana manusia suka mendekati sesuatu yang indah. Dan keindahan akhlak itu lebih berbekas di hati insan yang mendekatinya.

Muhasabah diri yang "sangat jauh" lagi untuk menjadi seperti itu. Doakan saya wahai sahabat pembaca yang mulia. Doakan saya agar berjaya menjadi wanita yang solehah & mukhlisah.

No comments:

Post a Comment