11 August 2012

Resipi Telur Puyuh Rumpai Laut

‎====================
Resipi Telur Puyuh Rumpai Laut
====================

Kini anda boleh mempelajari cara-cara untuk memasak telur puyuh rumpai laut. Ianya bukan sahaja lazat tetapi juga sangat mudah untuk disediakan. Sesuai untuk sesiapa yang tidak mempunyai banyak masa untuk memasak.

Bahan-bahan:

20 biji telur puyuh

20 gm suun goreng

10 gm rumpai laut direndam seketika

1 ulas bawang putih – ditumbuk lumat

3 ulas bawang merah – ditumbuk lumat

1/2 kiub pati ayam

1 biji tomato – dikisar dan ambil airnya

1 sudu kecil serbuk lada sulah

2 sudu besar cili kisar

3 sudu besar sos tomato

Minyak untuk menumis

Cara Menyediakan:

1. Rebus telur puyuh hingga masak dan buang kulitnya. Kemudian goreng hingga kekuningan dan ketepikan.

2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.

3. Masukkan cili kisar, pati ayam, jus tomato dan sos tomato.

4. Kacau hingga rata, kemudian masukkan telur. Kacau lagi hingga rata.

5. Masukkan rumpai laut dan taburkan serbuk lada sulah.

6. Setelah masak, angkat dan susun di atas suun yang telah digoreng. Hias dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment