02 August 2012

KUEH LAPIS CENDUL


Bahan-bahan A:
1 1/2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung jagung
1/2 cawan gula
3 cawan santan
1 s/k garam

1/2 cawan air gula merah [larutkan 1/2 cawan air panas + 3 s/b gula merah]

1 cawan cendul
1/2 cawan air

Cara:
1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Masukkan air gula merah  dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
4. Tambahkan  cendul dan 1/2 cawan air dalam adunan putih supaya kecairan nya sama  dengan adunan gula merah tadi..
5. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
6. Bahagikan setiap adunan sama banyak. Jadikan gula merah 2 bekas dan adunan cendul juga 2 bekas.
7. Masukkan 1 bekas bahagian adunan cendul dan kukus selama 5 minit.
8. Lapiskan  1 bekas bahagian adunan gula merah dan kukus semula selama 5 minit.
9. Lapiskan  lagi dengan 1 bekas bahagian adunan cendul dan kukus lagi 5 minit.
10.  Lapiskan lagi dengan 1 bekas adunan gula merah dan kukuskan semula selama 10 minit..
11. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.



Resipi dari Blog -- http://norhaizanlife.blogspot.com/2011/06/kuih-lapis-cencol-resepi-hanieliza.html

No comments:

Post a Comment