12 March 2015

TAZKIRAH | SEBARKAN SALAM

share dari link fb ~Kelab Remaja ISMA Samarahan

TAZKIRAH | SEBARKAN SALAM

Menyampaikan salam itu sememangnya salah satu daripada sunnah Rasulullah S.A W.. Hukumnya adalah sunat, manakala yang menjawabnya adalah wajib. Namun istimewanya dalam mengucapkan salam ialah orang yang mengucapkan salam (sekalipun sunat) adalah lebih afdhal dan lebih baik pahalanya daripada orang yang menjawabnya (sekalipun ia wajib).

Abu Hurairah R.A. berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Kamu sekalian tidak akan masuk Syurga sebelum beriman, dan kamu sekalian tidaklah beriman sebelum saling sayang-menyayangi. Mahukah aku tunjukkan sesuatu apabila kamu kerjakan nescaya kamu akan sayang-menyayangi? Yaitu sebarkanlah salam antara kamu sekalian."
(Hadis Riwayat Muslim)

Marilah kita menghidupkan sunnah ini. Sebarkan kasih sayang melalui salam. Mulakan dengan menghadiahkannya kepada insan-insan yang kita sayangi. Bayangkan apabila kita saling memberi dan menjawab salam, ini bermakna kita sedang saling mendoakan kesejahteraan antara satu sama lain.

Usah ditunggu orang di sekeliling untuk memulakannya, bahkan kitalah yang mendahului memberi salam kerana itulah yang diamalkan oleh Rasulullah. Jika benar cinta kepada Baginda, kita pasti akan bersungguh-sungguh untuk membuat apa yang disukainya. Pepatah Arab menyebut: "Sesungguhnya seseorang yang mencintai pasti mentaati orang yang dicintainya."
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment