12 March 2015

Tahukah anda!!! Cuka Sari Teen penawar kepada gastrik...

Cuka Teen adalah di antara makanan sunnah yang harus dimasukkan dalam diet harian untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit kronik terutamanya kencing manis, tekanan darah tinggi dan kanser. Ia juga merupakan penawar bagi masalah gastrik.
Seringkali apabila saya syorkan Cuka kepada pesakit saya yang ada masalah gastrik (gastritis), kebanyakan mereka akan rasa terkejut, risau, takut, was-was dan kurang yakin. Bukankah cuka itu masam dan berasid, tajam dan bisa?
Ya benar, Cuka Teen dan cuka dari lain-lain buah seperti Tamar, anggur, epal, ceri dan mulberry adalah bersifat asid, tetapi apabila diminum, cuka ini akan mengalkalikan makanan lain dalam perut kita. Sesuatu makanan yang bersifat asid tidak semestinya kekal pHnya (keasidan atau kealkalian) dalam perut.
Cuka buatan adalah cuka yang menambahkan lagi masalah gastrik kerana cuka ini kekal berasid walapun dalam perut. Cuka ini tiada khasiat atau nutrisi.
Sebaliknya, Cuka Teen mengandungi potassium selain dari vitamin C dan lain-lain mineral. Cuka yang di buat dengan proses semulajadi juga mengandungi enzim-enzim yang hidup
Ada makanan yang sangat berasid tetapi apabila dimakan, akan mengalkalikan makanan lain dalam perut seperti buah-buahan sitrus, beri, nenas, tomato. Walaupun buah-buahan citrus seperti lemon, limau oren dan limau nipis adalah sangat berasid, namun asidnya iaitu asid sitrik menjadikan makanan lain beralkali.
Dan seperti juga jus buah-buahan sitrus, Cuka Teen dan sebagainya yang sangat bersifat asid, juga berfungsi sebagai penawar yang menjadikan perut kita beralkali.
Darah dan sel tubuh manusia perlu berada dalam keadaan beralkali, dan pH dalam perut, iaitu pilihan makanan kita adalah penentu tahap keadaan yang sihat ini. Untuk berada dalam keadaan ini, 60% dari makanan kita perlu terdiri dari makanan yang mengalkalikan perut, manakala hanya 40% dari makanan yang menghasilkan asid dalam perut patut dimakan.
Bagi orang-orang yang mengalami penyakit kronik terutamanya kanser di mana keadaan darah dan sel perlu dijaga dengan baik, 80% dari pemakanan mereka mestilah dari kumpulan yang mengalkalikan perut, dan hanya 20% dari makanan yang mengasidkan perut.
Asid gastrik adalah cecair yang di hasilkan dalam perut untuk proses penghadaman terutamanya protin. Cecair ini bersifat asid dengan pH serendah 1 atau 2. Masalah gastrik berlaku apabila terdapat keradangan pada dinding usus dan mengeluarkan jus gastrik yang berlebihan.
Di antara makanan yang menjadikan perut berasid ialah jagung, kebanyakan bijirin, keju, kopi, koko,

kebanyakan minyak sayuran, kacang soya, walnut, peanut dan gajus, kebanyakan protin binatang namun makanan-makanan ini mempunyai khasiat yang lain-lain yang baik untuk kesihatan. Oleh itu, sumber pemakanan yang 20% yang mengasidkan perut harusnya datang dari pemakanan dari kumpulan ini.

Pemakanan yang mengasidkan dan tiada khasiat yang baik bagi tubuh malah membahayakan kesihatan adalah seperti aiskrim, air berkarbonat, cuka buatan dan ubat-ubatan kimia atau dadah dan alkohol (arak).

http://produkolive.over-blog.com/2015/03/tahukah-anda-sari-cuka-teen-ialah-penawar-untuk-masalah-gastrik.html
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment