09 March 2015

RESEPI POPIA NESTUM

 share dari link fb ~Aneka Resepi Kuih Muih added 2 new photos.
RESEPI POPIA NESTUM
Bahan-bahan:
Kulit popia size besar (50 keping)
3 sudu tepung gandum
sedikit air 
2 setengah cawan Nestum
5 sudu gula castor/halus (letak lebih kalau nak manis)
1 sachet horlicks 3 in 1
1. bancuh tepung gandum dengan sedikit air..ia berfungsi sebagai gam, makesure tepung tu pekat ye
2. Leraikan kulit popia
3. Gulungkan kulit popiah (boleh guna chopstick/lidi)
4. Gamkan dihujungnya dengan bancuhan tepung yang pekat tadi
TIPS:
- kulit popia cepat mengering, so..jauhkan daripada angin kipas
- untuk memudahkan proses menggulung, pastikan kulit popia tu lembut
- jangan gulung terlalu padat/ kecil..asal ada lubang ok ye
5. selepas menggulung kulit popia, gunting secara serong
TIPS: 
kulit popia ni memang cepat kering..aku nasihatkan lepas gulung terus gunting..tak ada la sakit tangan tu..
buat laa 10, 10.. maksudnya, lepas siap 10 helai kulit digulung, terus gunting...
gunting secara serong ye..baru ade lubang2 tu
dah siap bab gulung & gunting..
6. GORENG kulit popia tu ke dalam kuali dengan minyak yang betul-betul panas
baru rangup gituuuuuu
7. Toskan
8. Blend kesemua bahan diatas; nestum, gula, horlicks...
ikut sukatan k. jangan aku kata semua..habis kesemua bungkus gi blend..
9. taburkan keatas kulit popia yang dah ditoskan minyak tadi
10. sebati dan ratakan
maka, dapatlah serbuk-serbuk ni masuk ke dalam lubang dan itulah fungsi aku suruh gunting secara serong dan jangan gulung padat.
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment