Kemudian Rasulullah tidur di pangkuan Abu Bakr As Siddiq, mata Abu Bakr tertuju kepada satu lubang itu yang belum ditutup, tak lama kemudian, dia melihat ada sesuatu yang bergerak dan ternyata itu seekor ular yang ingin keluar maka ditutup dengan tangannya, yang menyebabkan ular itu menggigit dan terus menggigit tangan Sayyidina Abu Bakr.
Abu Bakr As Shiddiq hanya diam tidak berani bergerak , kerana tidak ingin membangunkan Rasulullah ﷺ yang tidur di ribanya . Dia sanggup biarkan tangannya binasa terkena gigitan ular itu yang sakit dan pedihnya tidak boleh dia tahan namun tidak berani bersuara apatah lagi bergerak, kerana takut membangunkan sayyidina Muhammad ﷺ , air mata Abu Bakr mengalir tidak tahan merasakan sakit yang demikian dahsyat, maka airmata itu terjatuh terkena pada wajah Rasulullah, maka Rasulullah terbangun dan berkata: “kenapa engkau wahai Abu Bakr?” maka Abu Bakr menjawab : “ular wahai Rasulullah”, maka Rasulullah berkata: “Angkat tanganmu”, maka tangannya diangkat kemudian Rasulullah meludahi tangan yang terluka, yang hancur dek kerana gigitan ular, dan tangan sayyidina Abu Bakr As Shiddiq sembuh seperti semula, lalu Abu Bakr As Shiddiq membunuh ular tersebut.
Habib Umar bin Hafidz mengatakan, ular itu datang bukan ingin menggigit atau mengganggu Rasulullah, tetapi ular itu datang ingin melihat wajah Nabi Muhammad ﷺ , mencari lubang di sana sini semua tertutup, dan ketika ada lubang terbuka, ada pula orang yang menghalanginya untuk memandang wajah Rasulullah maka ular itu menggigit berkali-kali, kerana biasanya ular berbisa itu kalau menggigit hanya sekali saja tidak berkali-kali, tetapi ular ini menggigit terus agar Abu Bakr melepaskan
.tangannya agar boleh ular itu melihat wajah Mulia tersebut
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment