CHICKEN PIE
Bahan bahan:
Inti pai (filling):
1 cawam isi ayam- hiris nipis
1 cawan cendawan butang- hiris nipis
1 tin sup cendawan butang Campbell
1 tin (kecil) kacang pis
1 biji bawang besar- potong dadu
1 biji kentang- dipotong dadu dan direbus
1 sb lada sulah
2 sb mentega/minyak zaitun
1 biji kuning telur (mengilatkan pastri)
Sedikit air (sekiranya terlalu pekat)
Pastri:
100g tepung gandum
50g mentega
secubit garam
2 cmb air
Saya guna:
Kulit roti pratha jenama kawan
Cara cara:
1. Panaskan mentega. Goreng bawang besar hingga kekuningan. Masukkan isi ayam dan biarkan seketika.
2. Masukkan sup cendawan butang Campbell, ubi kentang, kacang pis, air dan lada sulah. Kacau hingga sebati. Setelah masak, angkat dan ketepikan seketika.Canai kulit pai dan letakkan ia sebagai lapisan bawah (base) dan cucuk sedikit dengan garfu. Bakar selama 5-6 minit.
3. Tuangkan isi pai yg dimasak tadi ke atas base pai.
4. Canai kulit pai lagi setebal 2 cm dan letakan diatas isi pai sebagai lapisan atas.
5. Sapukan sedikit kuning telur yg dicampur dgn 2 sk air utk mengilatkannya.
6. Bakar selama lebih kurang 12-20 minit atau sehingga pastri masak di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment