Restu Ibu Imam Syafie..
Share dari link sahabat FB -- Mutiara Hati Santapan Rohani
Sejak kecil, Imam Syafie telah hafal al-Quran dan banyak hadis. Jika
mendengar ada guru datang mengajar, dia segera pergi bagi menimba ilmu.
Ketika berusia 14 tahun, Imam Syafie menyatakan hasrat kepada ibunya
tentang keinginannya untuk merantau bagi menambahkan ilmu.
Pada mulanya, ibunya merasa berat untuk melepaskan kerana Syafie adalah
satu-satunya harapan ibunya untuk menjaganya di hari tua. Demi ketaatan
dan kasih sayang Syafi'e kepada ibunya, dia membatalkan keinginannya
itu. Akhirnya ibunya mengizinkan Syafi’e merantau bagi menambah ilmu
pengetahuan.
Sebelumnya melepaskan anaknya, maka ibunya berdoa,
“Ya Allah Tuhan yang menguasai seluruh Alam! Anakku ini akan
meninggalkan aku untuk berjalan jauh, menuju keredhaanMu. Aku rela
melepaskannya untuk menuntut pengetahuan peninggalan PesuruhMu. Oleh
kerana itu aku bermohon kepadaMu, ya Allah agar dipermudahkan urusannya.
Peliharakanlah keselamatannya, panjangkanlah umurnya agar aku dapat
melihat kepulangannya nanti dengan dada yang penuh dengan ilmu yang
berguna. Amin!”
Selesainya berdoa ibunya memeluk Syafie yang
kecil dengan penuh kasih sayang dan dengan linangan air mata kerana
sedih untuk berpisah.
“Pergilah anakku. Allah bersamamu!
Insya-Allah engkau akan menjadi bintang ilmu yang paling gemerlapan
dikemudian hari. Pergilah sekarang kerana ibu telah redha melepaskanmu.
Ingatlah bahwa Allah itulah sebaik-baik tempat untuk memohon
perlindungan.”
Selepas ibunya berdoakan, Syafi'e mencium tangan
ibunya dan mengucapkan selamat tinggal. Dia meninggalkan ibu yang
sangat dikasihinya dengan hati yang pilu dan mengharapkan ibu sentiasa
mendoakan kesejahteraannya dalam menuntut ilmu.
Oleh kerana
kehidupannya yang sangat miskin, maka Syafi'e berangkat dengan tidak
membawa bekalan wang, kecuali dengan berbekalkan doa ibunya dan
cita-cita yang teguh untuk menambah ilmu sambil bertawakkal kepada
Allah.
Ketika mengingati kisah ini, Imam Syafie berkata,
“Sesekali aku menoleh kebelakang untuk melambaikan tangan kepada ibuku.
Dia masih berada perkarangan rumah sambil memperhatikan aku.
Lama-kelamaan wajah ibu menjadi samar ditelan kabus pagi. Aku
meninggalkan kota Makkah yang penuh barakah tanpa membawa sedikit pun
bekalan wang. Apa yang menjadi bekalan bagi diriku hanyalah Iman yang
teguh dan hati yang penuh tawakkal kepada Allah serta doa restu ibuku
sahaja. Aku serahkan diriku kepada Allah seru sekalian Alam.”
Info Tambahan:Beberapa bulan setelah Imam Syafie meninggal dunia
pemerintah Baghdad menghantar sepasukan tentera bagi memindahkan kubur
ulama terbilang itu ke Iraq. Sedang kerja penggalian dijalankan
tiba-tiba mereka tercium haruman yang sangat wangi keluar dari liang
lahat kubur itu. Mereka terpaksa membatalkannya apabila dibantah oleh
penduduk Mesir kerana mereka tidak rela kubur itu dipindahkan.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment