03 August 2012

PEMUDA YG MELARIKAN DIRI DARI MALAIKAT MAUT

Firman Allah SWT: "DAN ALLAH SEKALI-KALI TIDAK AKAN MENANGGUHKAN (KEMATIAN) SESEORANG APABILA DATANG WAKTU KEMATIANNYA... DAN ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YANG KAMU KERJAKAN...".. Surah Al-Munafiqun:11...

Pada suatu hari, Nabi Sulaiman bin Daud a.s mengadakan sebuah majlis keramaian dan menjemput semua rakyat baginda untuk menghadiri majlis itu. Ketika majlis
itu sedang berlangsung, terdapat seorang pemuda yang sedang mengambil makanan... Tiba-tiba dia terperasan yang seseorang yang tidak dikenali sedang merenungnya dengan pandangan yang begitu tajam sekali.. Pemuda itu menjadi begitu risau dan hilang selera makannya. Ketika hendak pulang ke rumah, pemuda tersebut disapa oleh tuan rumah iaitu Nabi Sulaiman a.s.... Pemuda itu lalu menceritakan kisahnya bertemu dengan seseorang yang memandang tajam terhadapnya....

Lalu Nabi Sulaiman dengan tenang mengatakan bahawa itu adalah MALAIKAT IZRAIL (Malaikat Maut)... Mendengar itu, pemuda itu meminta Nabi Sulaiman

agar menghantarnya ke sebuah pulau yang jauh lagi tidak berpenghuni dan tidak diketahui oleh seorang pun, dengan harapan Malaikat Maut tidak dapat
mencarinya... Maka Nabi Sulaiman dengan kemampuannya telah mengarahkan angin untuk menghantar pemuda tersebut ke pulau yang diminta...

Apabila sampai di pulau tersebut, pemuda itu begitu gembira kerana telah berjaya lari daripada maut... Tetapi, ketika mana dia menoleh ke belakang, dia terkejut besar apabila mendapati Malaikat Maut telah tercegat di belakangnya!... Dengan perasaan berputus asa, dia bertanya kepada Malaikat Izrail mengapakah dia merenungnya tajam ketika dalam majlis Nabi Sulaiman a.s. tadi...


Maka Malaikat Izrail menjawab, sebelum dia berjumpa dengan pemuda itu di dalam majlis tersebut, Malaikat Izrail telah mendapat perintah daripada Allah ‘azza

wa jalla untuk mencabut nyawa pemuda itu di sebuah pulau yang jauh dan tidak berpenghuni... Apabila dia bertemu dengannya dalam majlis tersebut, Malaikat
Izrail menjadi begitu hairan kerana pemuda itu berada di majlis tersebut sedangkan dia ( Izrail ) dititahkan untuk mencabut nyawanya di sebuah tempat yang begitu jauh daripada tempat majlis itu berlangsung dalam masa beberapa minit lagi...

Malaikat Izrail tertanya-tanya bagaimana mungkin pemuda itu dapat pergi ke tempat yang begitu jauh dalam masa yang cukup singkat... Namun, apabila Malaikat

Izrail sampai di pulau di mana dia perlu mencabut nyawa pemuda itu, didapati pemuda tersebut telah berada di pulau itu. Maka mudahlah kerjanya... Barulah
pemuda iu sedar bahawasanya Allah s. w. t. itu Maha Berkuasa, dan maut itu akan merenggut kita di mana jua kita berada....

No comments:

Post a Comment