30 April 2015

KELEBIHAN HARI KHAMIS DALAM ISLAM

share dari link fb ~ Legacy Secret Trading

KELEBIHAN HARI KHAMIS DALAM ISLAM
Dari Anas bin Malik r.a. ia berkata," Rasulullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat tentang hari Khamis." Sabda Rasulullah s.a.w. " Hari Khamis adalah hari dimana tercapainya hajat." Sahabat bertanya lagi," Ya Rasulullah, mengapa demikian?" Maka Rasulullah s.a.w. bersabda," Kerana pada hari itu, Nabi Ibrahim a.s. mengadap Raja Mesir pada hari tersebut dan mendapatkan hajatnya dan Nabi Ibrahim a.s. diberi Siti Hajar."
Justeru hari Khamis adalah hari yang baik untuk menunaikan hajat, kerana Allah s.w.t. memerintahkan penunaian. Maka barangsiapa yang berhajat kepada manusia, hendaklah ia memintanya pada hari Khamis. Kebiasaannya amalan yang dilakukan pada hari khamis adalah berpuasa, sama seperti hari Isnin, dan juga membaca surah Yassin pada malam Jumaat.
Diriwayatkan oleh 'Aisyah r.a. menceritakan bahawa," Rasulullah s.a.w sangat menjaga puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis." (Riwayat Imam Termidzi ).
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, " Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah s.w.t pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalan ku ( di hadapan Allah s.w.t ) pada ketika aku berpuasa." ( Riwayat Imam Termidzi ). 

PERISTIWA HARI KHAMIS DALAM ISLAM
1. Nabi Ibrahim a.s. bertemu dengan Raja Mesir.
2. Saudara-saudara Nabi Yusuf a.s. bertemu dengan Nabi Yusuf a.s. setelah mereka membuang dan mengasingkannya ( pada masa ini, Nabi Yusuf a.s. sudah menjadi Raja Mesir yang terkenal dengan kebijaksanaannya.)
3. Bunyamin, saudara bongsu Nabi Ibrahim a.s. datang ke Mesir dan bertemu dengan Nabi Yusuf a.s.
4. Nabi Yaakob a.s. datang ke Mesir juga untuk bertemu dengan Nabi Yusuf a.s. ( anakandanya ) yang dirinduinya.
5. Nabi Ibrahim a.s. memasuki Mesir pada hari khamis untuk mengajak Fir'aun menyembah kepada Allah s.w.t.
6. Rasulullah s.a.w. memasuki Kota Mekah selepas Perjanjian Hudaibiyah.

ZIKIR HARI KHAMIS
Subhanalah Hil Azim

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Oreo Cheese Cake Kukus

share dari link fb ~ Cara Masakan Yang Simple

Oreo Cheese Cake Kukus

Bahan2 untuk alas bawah (base):

30 keping biskut oreo (buang cream tengah) - kisar halus
1/4 cawan butter - cairkan

cara2 membuatnya:

1. oreo dikisar (kuantiti mengikut besar loyang..agak2 la)
2. butercup yang telah dicairkan dicampur ke dalam oreo
3. padatkan di dalam loyang
4. diletakkan sebentar ke dalam peti sejuk

bahan2 untuk cheese cake:

250 g cream cheese
3 biji telur
1 cawan gula
1/2 tin susu cair
2 s/b jus lemon
sedikit parutan kulit lemon
1 s/k esen vanilla
3 s/b tepung kastard
1 cawan oreo (dicincang halus)

cara2 membuatnya:

1. pukul cream cheese bersama dengan gula. setelah gula hancur masukkan telur satu persatu.
2. setelah sebati masukkan susu cair,esen vanilla,tepung kastard,jus lemon dan parutan kulit lemon.
3. kacau hingga sebati. masukkan oreo cincang tadi. kacau sebati. kemudian masukkan ke dalam loyang tadi
4. tutup loyang dengan kertas aluminium
5. kukus selama 1 jam. 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Blackberry Cheesecake

share dari link fb ~ Legacy Krystal Secret

Blackberry Cheesecake

Bahan-Bahan:
Untuk Base:
1 peket biskut digestives
2 cawan cornflakes
3 sudu besar gula perang
3 sudu besar mentega lembik

Untuk Filling:
750 gm (3 peket) Philadelphia Cream Cheese
225 gm gula caster
1 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
150 ml (1 pek kecil) yogurt perasa strawberry
1 tin blackberry (brand S&W); ditapis (hanya ambil buahnya sahaja)
Cara:
Biar semua bahan pada suhu bilik
Panaskan oven pada suhu 180C.

Cara Untuk Base:
Kisar atau hancurkan biskut dan cornflakes hingga halus.
Campurkan gula dan mentega hingga sebati ke dalam adunan biskut itu.
Dalam acuan 'springform' atau 'loose bottom' bulat 23 cm, tekankan adunan base itu hingga rata dan kejap.
Bakar base selama 7 minit. Ketepikan.

Cara Untuk Filling:
Pukul cream cheese dan gula selama 3 minit.
Kemudian ayak ke dalam adunan cheese itu tepung jagung. Pukul lagi sehingga kembang dan tidak berbintil.
Masukkan telur satu persatu.
Masukkan yogurt. Kacau sampai sebati.
Dengan menggunakan udip atau spatula, kaup balikkan buah blackberry itu hingga rata dalam adunan.
Tuang adunan itu atas base yang telah tersedia.
Bakar selama 30 minit atau hingga tepi kek sudah tertarik dari acunya.
Setelah masak, tutup api oven dan biarkan kek dalam oven selama sejam. Renggangkan pintu oven dengan sudip kayu agar terbuka sedikit. Sejukkan dalam peti sejuk.
Cadangan Hidangan:
Setelah kek sejuk, boleh dihias dengan 'mock glaze' iaitu jeli blueberry segera (suku peket) dicairkan dengan air panas dan disudukan perlahan-lahan atas permukaan kek rata-rata.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

POPIA BASAH

share dari link fb ~ 1001 Idea Masakan & Makanan

POPIA BASAH
Recipe posted by Dewi at FNR

Kulit Popiah
Bahan:
Tepung Gandum 1 kilo
Air ( bancuh macam buat cucur tapi pekat sikit)
Minyak masak ( 2 sudu besar)
1 biji telur ( optional tak der pun tak pe)

Cara:
-Bancuh tepung dan gaul sampai tak berketul2. dan biarkan sekurang2nya 1 jam.
-Bila kuali dah cukup panas, tak payah panas giler api serderhana kecil, ambil segenggam tepung dan lalukan atas kuali membentuk bulatan dari luar dan dibawa ketengah. lebihan tepung di tarik dan buh balik dlm bancuhan tepung yg dibuat.
-tunggu hingga tepi kulit popia tu mengelupas dari kuali dan tarik keluar susun atas pinggan/ bekas.
-kulit yg dah buat tu balut dgn kain . jgn kasi kering tepi2 dia

Inti Popia
Bahan:
sengkuang dihiris
tauhu diramas
kacang panjang potong halus
taugeh
udang ( ni nak tambah crab fillet, isi ayam pun boleh)
serbuk kunyit
bawang merah-dihiris
kacang tanah-disangai dan dimesin kasar
bawang goreng

Cara:
-kacang panjang dan taugeh celur sekejap dan toskan kering.
-tumis bawang merah hingga wangi
-masukkan udang dan tauhu yg diramas , serta serbuk kunyit kacau rata.
-masukkan sengkuang dan kacau rata hingga sengkuang sedikit layu
-letak atas tapis supaya air sengkuang turun.

Sos cili
Bahan:
500gm cili kering 
100 gm kurma/kismis hitam 
1 cawan gula 

Cara:
cili yg dimesin dan kurma (rendam dulu baru senang mesin) dimasak perlahan2 hingga pekat tambah gula kalau sos terasa terlalu pedas. ikut rasa sendiri lah kalau nak pedas atau kurang pedas ni.
*Sukatan hanya anggaran, depends on byk m ana air yg tercampur masa blend bahan2 ni.. kalau nak pekat cepat dan tak nak tambah gula byk tambahkan kismis / kurma ... cara nie kuah senang pekat. kalau cili pedas kena lah tambah gula.

Cara Menyediakan Popia:
-sapu sos atas kulit
-tabur kacang tanah yg dah di mesin
-letak sayur sengkuang dan juga taugeh & kacang panjang
-tabur bawang goreng
-gulung dan lipat
-nak tambah cili atas pun leh gak tabur lagi kacang untuk lebih umphhh
-sedia untuk di ngap

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

CARA MENAJAMKAN MATA BATIN Mata Batin adalah indera keenam yang Allah berikan kepada setiap manusia

share dari link fb ~ Ustaz Nasir

CARA MENAJAMKAN MATA BATIN
Mata Batin adalah indera keenam yang Allah berikan kepada setiap manusia

Mata Batin ibarat kaca yang dapat melihat sesuatu (bercermin) atau ibarat pisau tumpul yang dapat diasah sampai tajam sehingga dapat memotong sesuatu benda.

Setiap manusia mempunyai mata batin yang asal mulanya Allah ciptakan bersih tanpa ada noda sedikitpun tetapi kemudian dinodai oleh sifat-sifat buruk dan keduniawian.

Ketika kita masih kecil mata batin kita masih bersih sehingga dapat melihat hal-hal yang ghaib dan dapat menangkap ilmu pengetahuan dengan mudah tetapi setelah kita besar mata batin kita sudah ternodai oleh sifat-sifat buruk dan keduniawian sehingga tidak dapat melihat lagi hal-hal yang ghaib (tertutup)

Tempat mata hati adalah Qalbu ( hati nurani ) yang selalu berubah setiap saat sesuai dengan perbuatan manusia sehari-hari jika berbuat jahat akan lupa kepada Allah maka Qalbu itu menjadi kotor dan jika berbuat baik atau berzikir Qalbu itu akan bersih kembali.

Dalam Hadith Nabi SAW disebutkan : 

"Hati manusia itu ibarat sehelai kain putih yang apabila manusia itu berbuat dosa maka tercorenglah / ternodailah kain putih tersebut dengan satu titik noda kemudian jika sering berbuat dosa lambat-laun sehelai kain putih itu berubah menjadi kotor / hitam". 

Jika hati nurani sudah kotor maka terkunci nuraninya dan sukar menerima petunjuk dari Allah.

Ada Empat Tahap Untuk Menajamkan atau Membersihkan Mata Batin :

Pertama, Mengosongkan hati dari sifat-sifat buruk seperti iri, dengki, benci, dan dari sifat keduniawian.

Kedua, Membuang daya khayal yang mengganggu keyakinan hati kemudian berfikir tentang hal-hal ghaib yang kita ketahui.

Ketiga, Mendawamkan (mengekalkan) solat dan berzikir pada malam hari kerana kesepian malam dapat menambah kekhusyukan hati.

Keempat, Meningkatkan Iman dan Kecintaan kepada Allah iaitu : mencintai Allah dari segala-galanya selalu Munajat (mohon pertolongan Allah)
dan Istikharah (meminta petunjuk dari Allah SWT) 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Mereka yang singkat ilmu di dalam pengajian hadith

 share dari link fb ~ Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari added 16 new photos.
Mereka yang singkat ilmu di dalam pengajian hadith ;
1) Melihat hadith dhaif samataraf dengan hadith palsu dan lebih suka menggunakan akal berbanding hadith dhaif yang lebih disukai oleh para ulama dalam beramal.
2) Membataskan kesahihan hadith kepada Al-Albani dan beberapa orang tokoh mereka yang tidak sampai kepada kedudukan muhaddith apalagi Al-Hafiz di dalam bidang hadith.
3) Meninggalkan riwayat Imam-Imam hadith yang diriwayatkan di dalam kitab-kitab hadith mereka beserta sanad mereka sendiri kerana menganggap hadith itu palsu.
4) Membataskan kefahaman hadith kepada maksud zahir tanpa merujuk kepada fiqhul hadith.
5) Tidak dapat membezakan di antara sahih makna hadith dan dhaif riwayat. Mereka membuang hadith yang lemah riwayat sekalipun maknanya sahih.
6) Membataskan hadith sahih hanya kepada kitab hadith Bukhari dan Muslim sahaja itupun selepas disaring mengikut kehendak mereka.
7) Tidak dapat membezakan hadith yang digunapakai di dalam menetapkan hukum hakam dan yang digunapakai di dalam fadhail, targhib dan tarhib oleh para ulama'.
8) Menganggap Imam Syafie R.A bukan ahlul hadith sedangkan beliau digelar sebagai Ansorussunnah pada zamannya.
9) Mengambil hukum fiqh terus daripada hadith tanpa merujuk kepada perbahasan ulama' mazahib dan kaedah-kaedah syara' yang ditetapkan oleh para ulama' bersumberkan Al-Quran dan Al-Hadith.
10) Meninggalkan sanad dirayah hadith yang diambil daripada dada-dada para ulama' muktabar.
Gambar adalah sebahagian kecil daripada puluhan ribu kitab-kitab berkaitan dengan ilmu hadith yang ada di dalam khazanah Ilmu Islam.
Mohd Al-Amin B Daud Al-Azhari
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Antara manfaat yang diperoleh melalui sarapan pagi

share dari link fb ~ Legacy Secret Trading

Masih ramai di kalangan masyarakat yang tidak tahu kepentingan bersarapan pagi. Antara alasan yang sering kita dengar apabila ditanya mengapa tidak bersarapan adalah kerana tiada selera makan atau bimbang kenaikan berat badan. Ada juga tanggapan menyatakan bahawa sarapan pagi akan menyebabkan seseorang lebih mengantuk dan kurang daya tumpuan.

Sama ada berselera atau tidak, jangan sesekali tinggalkan sarapan pagi. Ibarat kata pepatah, ‘alah bisa, tegal biasa’. Sesuatu perkara yang dipraktikkan setiap hari akan menjadi rutin harian. Untuk itu, mulakan sarapan pagi mulai sekarang. Ini kerana ia berperanan membekalkan tenaga kepada tubuh badan bagi melakukan aktiviti harian yang sibuk.

Antara manfaat yang diperoleh melalui sarapan pagi adalah:

1)MEMENUHI NUTRISI YANG DIPERLUKAN

Hidangan terbaik untuk sarapan pagi adalah yang mempunyai karbohidrat atau berserat tinggi. Makanan seperti oat, bijirin dan roti gandum amat sesuai dijadikan hidangan pada waktu pagi kerana ia membekalkan tenaga dan tidak cepat lapar.

2)KURANGKAN BERAT BADAN

Sarapan pagi dengan perut yang masih kosong akan mempercepatkan pembakaran kalori secara lebih efisien.

3)TINGKATKAN DAYA TUMPUAN

Ketika anda bangun pagi, sebahagian besar tenaga dalam bentuk glukosa dan glikogen telah digunakan pada hari sebelumnya. Oleh itu, pengambilan makanan yang berglukosa diperlukan untuk menjana perkembangan otak dan daya tumpuan. Tanpa glukosa, anda akan berasa letih dan kurang tumpuan terhadap kerja yang dilakukan.

4)CEGAH SAKIT JANTUNG

Kandungan serat yang diperoleh daripada bijirin dapat menyerap kolesterol yang terdapat di dalam badan. Penyerapan kolesterol ini sekali gus mengurangkan tahap kolesterol yang boleh membahayakan kesihatan.

TIP

Selain manfaat tersebut, Nona ingin berkongsi beberapa tip sihat khas buat anda yang sentiasa mengelak untuk bersarapan pagi.

· Ambil hidangan yang mempunyai kandungan serat, protein dan kalsium. Hidangan seperti bijirin sudah cukup untuk sarapan pagi.

· Jika anda seorang yang sibuk, sentiasa bawa sekeping roti dan susu sebagai hidangan pagi sebelum melangkah ke pejabat.

· Hidangan telur juga baik sebagai sajian pagi anda. Vitamin dan mineral yang terdapat di dalamnya membantu memberi nutrisi yang diperlukan oleh badan.

· Jika anda kurang berasa lapar pada pagi hari, cuba untuk tidak makan selepas pukul 8.00 malam pada hari sebelumnya. Keesokan pagi, anda pasti berasa lapar.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

29 April 2015

Doa2 boleh dihafal diamalkan





blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Resepi Kek Cawan Berkrim

share dari link fb ~ Resepi Kuih Raya Turun Temurun

Resepi Kek Cawan Berkrim

Bahan A
4 biji telur
1 sudu besar pemantap kek (Ovalette /Q 75)
100 gram gula pasir
5 sudu besar air

Bahan B
120 gram tepung gandum
60 gram tepung jagung
11/2 sudu besar serbuk penaik
(Campur bahan B dan diayak)

Bahan C
120 gram minyak jagung Daisy
1 sudu besar perisa oren, strawberi atau pandan

Bahan hiasan:
Krim putar:
200 gram lemak sapu FarmCows
150 gram gula aising
1 sudu kecil perahan jus lemon
1/2 sudu kecil pewarna coklat
1/2 sudu kecil pewarna merah
1/2 sudu kecil pewarna hijau

Pilihan tambahan:
Buah kiwi, strawberi dan anggur - dipotong

Cara membuat:
1. Putar telur dan pemantap kek dengan mesin pemutar selama tiga minit.

2. Masukkan gula pasir sedikit demi sedikit, putar lagi selama lima minit dengan kelajuan sederhana.

3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil memutar dengan kelajuan tinggi selama satu minit.

4. Kemudian, masukkan bahan B yang sudah diayak ke dalam adunan telur tadi. Putar adunan dengan kelajuan yang perlahan hingga sebati.

5. Masukkan minyak jagung Daisy dan sebatikan.

6. Setelah itu, perisa dimasukkan dan kacau hingga sebati.

7. Adunan dituang ke dalam acuan cawan kertas di loyang hingga penuh.

8. Bakar adunan kek cawan selama 15 minit pada suhu 175 darjah celsius di dalam ketuhar yang dipanaskan terlebih dulu.

9. Setelah itu, keluarkan kek cawan daripada ketuhar dan biarkan sejuk. Hiaskan dengan krim putar.

10. Untuk membuat krim putar, gunakan mesin untuk memutar lemak sapu selama dua minit sehingga lembut. Masukkan gula aising, putar lagi selama lima minit sehingga gebu. Kemudian, masukkan perahan jus dan pewarna, sebatikan.

11. Untuk menghias, masukkan krim putar dalam beg penyalur dan hias mengikut cita rasa.

12. Jika mahu, potongan buah kiwi, strawberi dan anggur boleh diletak di atas hiasan krim putar.

Pilihan lain: Adunan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian dan setiap bahagian dimasukkan perisa yang berlainan.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Resepi Biskut Tiramisu

share dari link fb ~Resepi Puding Semudah ABC

Resepi Biskut Tiramisu

Bahan-Bahan :
- 1 peket biskut - dari apa-apa jenis (saya guna biskut cream crackers)
- 1 tin susu cair - saya guna susu full cream Dutch Lady
- 1/2 tin susu pekat - saya kurangkan sebab tak suka manis sangat
- 4 sudu makan tepung kastard
- 1 cawan air
- Secubit garam 
- Serbuk milo

Cara-cara :
- Satukan susu cair, susu pekat, tepung kastard, air dan garam ke dalam periuk.
- Menggunakan api yang perlahan, masak dan kacau campuran kastard hingga adunan menjadi likat.
- Tutup api.
- Susun biskut dalam bekas/ loyang.
- Masukkan adunan kastard supaya menutupi lapisan biskut dan ratakan. Taburkan serbuk milo.
- Susun lagi lapisan biskut di atas lapisan kastard tadi. Lapiskan lagi dengan adunan kastard dan taburkan milo. Ulang langkah ini hingga habis.
- Lapisan atas sekali, lapiskan dengan adunan kastard dan lebihkan taburan serbuk milonya.
- Simpan biskut tiramisu ini di dalam peti sejuk selama 2 - 3 jam.

Hidangkan & Selamat Menjamu Selera.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Jamu sihat untuk kesihatan wanita

share dari link fb ~ Khairunissa Rahin

Buat wanita-wanita yg rajin makan jamu macam ambe,bolh cuba ni kat rumah ye.

Bahan2 :

Air 3 mug
Kunyit - 1 inci
Halia Muda (klu xde pon xpe) - 1 inci
Asam Jawa - 4sd besar
Habbatussauda - 1 camca teh
*Madu (letak ketika nak mnm,bukan rebus sekali) - ikut suka (klu xde madu letak gula batu @ gula pasir)

Cara-cara : 

Rebus 15-20minit..sejukkan dan minum.
Nak letak dlm peti pun boleh..Tahan sehingga 2 minggu kata pemberi resepinya..

Khasiat:

> jerawat,parut,jeragat,kulit kasar
> bisul,gatal2,sakit kulit
> cegah dan merawat kanser
> atasi keletihan,naikkan seri aura
> rawat luka2 dalaman
> kencing manis,darah tinggi,kolestrol
> migrain
> utk kanak2 bg naik selera makan dan atasi masalah cacing
> kulit jd shining,tumit merekah
> awet muda
> bagi yang hamil,baby kuar nanti kulit cantik dan bersih serta wangi.
> bagi yang menyusu baby,bole menambahkan susu badan.
> rawat keputihan dan miss v yang selalu gatal2
> bole minum kafin,xde masalah,xde pantang.
> lutut2 pun shining tanpa disedari,body tak perlu pakai losyen dah aih lepas amal.
> bantu kempiskan perut dan langsingkan badan
> atasi masalah bau ketiak dan bau badan yang tengik
> masa haid bole minum
> atasi masalah haid tak teratur
> rapatkan apa yang dah longgar2

Ni baru sebahagian dr kebaikan! Nk list kt cni bnyk sgt
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/