09 March 2013

[Takirah Ringkas]


share dari link fb ~Muhammad Samsul Bahari


[Takirah Ringkas]
Syukur Alhamdulillah kerana Allah masih memberikan kita kesempatan untuk meneruskan kehidupan pada hari ini, kita masih bernafas hari ini, masih dikurniakan kekuatan dan kesihatan tubuh badan. Alhamdulillah!

Tak terkira akan nikmat yang Allah berikan kepada hambaNya. Adakah kita bersyukur akan segala nikmat ini? Adakah kita gunakan nikmat kesihatan ini demi manfaat ukhrawi ataupun sebaliknya? Adakah kita menggunakan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT demi mengharapkan keredaanNya ataupun sebaliknya?

Andai kita menghitung akan segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita sejak daripada kita dilahirkan sehinggalah saat ini, tidak tergambar akan betapa banyaknya nikmat yang telah dikurniakan. Tetapi adakah kita bersyukur akan segala nikmat itu?

Syukur bukan sahaja dengan melafazkan lafaz "Alhamdulillah" tetapi syukur mempunyai sebuah definisi yang begitu luas, sebagai contoh, kita menggunakan nikmat kekayaan yang Allah berikan kepada kita, manakala dengan harta yang kita ada, kita infakkan di jalan Allah SWT. Maka ianya juga adalah tanda kita mensyukuri nikmat Allah. Maka ayuh kita koreksi semula diri kita hari ini!

Syukur bukan sekadar lafaz tetapi ianya perlu dimanifestasikan. InsyaAllah. Tabarakallah. Wallahua'alam.

Boleh lihat sebuah video ini - http://www.youtube.com/watch?v=1ueBZj8FHQo

Semoga bermanfaat. InsyaAllah.

Salam Ikhlas,
Hamba yang dhaif.

No comments:

Post a Comment