29 March 2013

KUIH PUTERI AYU ~ ( 30 BIJI )


share dari link fb ~Buku Resepi


KUIH PUTERI AYU ~ ( 30 BIJI )
Oleh:Ibu Ammar
Bahan-bahan:

1 1/2 caw tepung gandum + 1 s/k baking powder ( ayak )
1 caw gula
2 biji telur
3/4 cawan santan
1 s/k ovelet
sedikit pewarna hijau

- Inti Kelapa :

1/2 biji kelapa parut ( putih sahaja )
sedikit garam
2 s/k tepung jagung @ tepung ubi

- Cara-cara :

1. Ayak tepong bersama baking powder, ketepikan.

2. Putar telur + gula sehingga betul2 kembang.

3. Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati.

4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselangseli dengan santan sehingga habis.

5. Untuk Inti kelapa - satukan semua bahan, gaul sehingga rata.

6. Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan2 dalam acuan tadi, tuang adunan.

7. Kukus selama 5 minit.

8. Angkat, sejukkan sebentar dan keluarkan dari acuan. Boleh dihidangkan.
 

No comments:

Post a Comment