23 March 2013

KENYATAAN SYAIKH YA'KOUBI TENTANG PEMBUNUHAN SYAIKH AL-BUTHI



KENYATAAN SYAIKH YA'KOUBI TENTANG PEMBUNUHAN SYAIKH AL-BUTHI


Syaikh Ya'koubi menyebut bahawa Syaikh Al-Buthi sudah hampir untuk bersama-sama dengan perjuangan rakyat Syria sebelum beliau dibunuh. Dalam tempoh yang lama, kami sudah berusaha untuk memuaskan hati beliau agar menyokong perjuangan rakyat melalui 6 surat yang ditulis kepada beliau.

Surat yang terakhir bertajuk 'Sedarlah Dari Mabukmu',tambahan pula berbetulan terbunuhnya cucu beliau akibat dibunuh oleh rejim Basyar. Maka makin bertambah lagi faktor-faktor yang mendorong beliau untuk menyokong perjuangan rakyat Syria.

Selepas itu, beliau sebenarnya sudah merancang untuk memumumkan pendirian beliau bersama perjuangan rakyat dan untuk menentang rejim pada hari Jumaat keesokannya. Tetapi rejim Basyar telah membunuhnya pada hari Khamis sehari sebelum Syaikh mengumumkan pendirian beliau.

No comments:

Post a Comment