13 March 2013

Kelebihan Habbatus Sauda

share dari link fb ~Rahmah Rahmat


Kelebihan Habbatus Sauda

Islam merupakan agama yang menyeluruh, sempurna dan menyelesaikan segala masalah manusia. Maka bagaimana mungkin setiap masalah yang kita hadapi tidak dapat diatasi mengikut cara Islam. Sebuah hadis daripada riwayat Muslim menerusi Abu Zubair, daripada Jabir bin Abdullah, daripada Nabi Muhammad S.A.W bahawa baginda bersabda yang bermaksud:
“ Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Jika ubat sudah bertepatan dengan penyakit, penyakit itu pasti akan sembuh dengan izin Allah S.W.T “(Riwayat Muslim)

Habbatus Sauda atau Syuwainiz merupakan sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan kawasan beriklim gurun. Ia merupakan biji hitam yang telah dikenali semenjak ribuan tahun yang lalu dan digunakan secara meluas oleh masyarakat Timur Tengah dan India untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.

Jintan hitan diperolehi daripada bijinya. Pokoknya mengeluarkan bunga berwarna ungu muda atau putih. Buahnya berbentuk kapsul yang mengandungi banyak biji kecil berwarna putih dan berbentuk trigonal. Setelah matang kapsulnya terbuka dan biji-bijinya berubah menjadi warna hitam. Minyak dari jintan hitam ini dijumpai dalam makam Firaun Thukankamen. Ia juga digunakan oleh Cleopatra untuk kesihatan dan kecantikannya.

Jintan hitam ini juga digunakan oleh ahli pengubatan Yunani untuk mengubati sakit gigi, sakit kepala, hidung tersumbat dan mengatasi parasit usus seperti cacing. Biji Habbatus Sauda mengandugi 40% minyak constant dan 14% minyak aviary, juga mengandungi 15 asid amino, protein, kalsium, zat besi, sodium, dan potassium. Komposisinya yang paling penting adalah Thymoquinone (TQ), Dithymo-ouinone (DTQ), Thymohydro-quinone (THQ) dan Thymol (THY)

Habbatus sauda juga mampu untuk mengatasi gangguan tidur dan stress. Ini sisebabkan Saponin yang terkandung dalam habbatus sauda memiliki fungsi seperti kortikosteroid yang dapat mempengaruhi metabolisme karbohidrat, protein dan lemak serta mempengaruhi fungsi jantung, ginjal dan otot tubuh serta saraf. Saponin berfungsi untuk mempertahankan diri dari perubahan lingkungan, gangguan tidur, dan dapat menghilangkan stress.

Saponin dalam Habbatus Sauda mampu melarutkan toksin atau racun di dalam tubuh manusia. Ia berfungsi meneutralkan dan membersihkan racun daripada mengganggu metabolisme dan mengurangi fungsi organ penting seperti hati, paru-paru dan otak. Keracunan dapat menimbulkan gejala berupapening, gangguan pernafasan, dan daya kosentrasi yang menurun.

No comments:

Post a Comment