13 March 2013

CANCER COLON / KOLON KANSER / BARAH USUS. JANGAN AMBIL MUDAH!.... AMALKAN PENGAMBILAN VCO DAN GRAPESEEDS OIL.

CANCER COLON / KOLON KANSER / BARAH USUS. 
JANGAN AMBIL MUDAH!....
AMALKAN PENGAMBILAN VCO DAN GRAPESEEDS OIL.

Berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 610,000 orang meninggal dunia akibat kanser usus di seluruh dunia pada 2008. Di negara kita, menurut Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia, kanser usus atau kolon (juga kadangkala dipanggil kolorektal) adalah kanser kedua paling lazim menyebabkan kematian dengan anggaran 3,500 kes baru setahun.

Kanser kolon adalah satu penyakit yang berpunca dari sistem penghadaman dan boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat dengan betul.

Pada peringkat awal tidak menunjukkan sebarang tanda, mungkin pada mulanya sekadar sakit perut sekali sekali bila silap makan, senak, memulas dam semakin lama semakin kerap. Doktor mungkin membuat dignosa sebagai Irritible Bowel syndrome atau IBS dan sekadar memberi ubat tahan sakit.

Lama kelamaan, kesakitan bertambah kerap disusuli dengan cirit birit, kadang cair, kadang berlendir campur darah, kelesuan, muntah, kehilangan berat badan dan kekurangan darah.

Pesakit kenser usus kronik kini ada harapan lebih baik melalui kaedah semulajadi dengan mengamalkan pengambilan Minyak Kelapa Dara. Minyak Kelapa Dara mengandungi dan membantu fungsi sistem daya tahan pada tubuh, melindungi tubuh dari kanser, seperti kanser payudara dan kanser colon. Selain itu punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin yang boleh didapati di dalam minyak biji anggur.
B17 atau dikenali sebagai laetrile mampu menaturalkan kanser dan memulihkan pelbagai jenis penyakit kanser.

Faktor-Faktor Risiko

Kanser kolon dan rektal boleh merebak tanpa mengira usia, dan tiada siapa yang terlalu muda untuk mendapat kanser kolorektal. Kira- kira 90 peratus pesakit berusia lebih 50 tahun.

Jika anda pernah mempunyai kanser kolorektal atau adenoma polipus, anda berisiko lebih tinggi untuk menghidap kanser kolorektal pada masa akan datang.

Kebarangkalian anda menghidapi kanser kolorektal adalah tinggi sekiranya ahli keluarga anda mempunyai penyakit tersebut.



No comments:

Post a Comment