ASAM PEDAS PARI NENAS BUNGA KANTAN
ASAM PEDAS PARI NENAS BUNGA KANTAN
Oleh:Jamaliah Ibrahim
cc : www.facebook.com/bukuresepi
Bahan-bahan:-
Ikan pari - 10 keping
1/2 biji nenas buang kulit dan potong menjadi kepingan
3 batang bunga kantan - dibelah dua
Daun kesom - optional
Air asam jawa (sedikit)
2 batang serai diketuk
Sedikit gula
Bahan kisar :
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Segenggam cili kering
1 inci belacan
1 inci halia
cara-cara:-
Tuangkan sedikit minyak didalam periuk dan tumis bahan2 kisar tersebut hingga garing, masukkan serai semasa menumis. Apabila garing, masukkan air dan kepingan nenas serta asam jawa. Terus masukkan bunga kantan dan daun kesom tadi. Apabila mendidih masukkan pula ikan pari, garam dan gula secukupnya. Renih sehingga pari betul-betul masak.
No comments:
Post a Comment