share dari link fb ~Jadikan Hari Ini Lebih Baik Daripada Semalam
5 Kelebihan wanita berbanding lelaki
DILAHIRKAN sebagai seorang wanita seharusnya menjadi kebanggaan buat anda semua yang bergelar wanita.
Dunia kita hari ini sangat memerlukan golongan wanita dalam apapun juga bidang kehidupan sama ada sosial, agama, kemasyarakatan dan juga di dalam segala lapangan hidup. Jadi, salah kalau katakan wanita ini adalah golongan kelas kedua. Tak betul tu, bang.
Hargailah wanita. Belailah mereka. Hiasilah mereka dengan kecantikan. Kerana wanita sukakan yang cantik-cantik. Wanita suka yang lembut-lembut. Kerana wanita juga sememangnya diciptakan dari tulang rusuk kaum Adam sebagaimana yang disebut oleh hadis Nabi s.a.w. daripada Bukhari dan Muslim.
Saya kongsikan sama 5 hadis berkaitan kelebihan wanita berbanding kaum lelaki:
Doa wanita lebih makbul daripada doa lelaki kerana sifat penyayangnya. Ketika ditanya Rasulullah s.a.w. akan hal itu, baginda menjawab, “Ibu lebih penyayang daripada bapa. Dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
Wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dahulu daripada suaminya.
Perempuan yang sentiasa solat lima waktu, puasa di bulan ramadhan, menjaga kehormatannya, dan taat kepada suaminya, maka masuklah ia dari mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki.
Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya”.
Wanita yang solehah adalah lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
Jadi puan-puan, akak-akak dan adik-adik semua, hargailah diri anda sebagai seorang wanita. Setiap yang ada pada diri anda itu adalah rahmat dan kelebihan yang Tuhan beri untuk anda syukuri, untuk anda hayati dan nikmati.
Jadikan diri anda yang terbaik buat pasangan anda, buat keluarga, buat anak-anak dan apa yang lebih penting buat diri anda sendiri
No comments:
Post a Comment