29 December 2013

Tapak rumah Abu Jahal rupanya dah didirikan jamban…

share dari link fb ~Islamic Articles

Tapak rumah Abu Jahal rupanya dah didirikan jamban…


aku nak tergelak pun ada bila dapat tahu rupanya ada pakej umrah yang menawarkan ‘khidmat’ melawat tapak rumah Abu Jahal di Makkah


mungkin sekali imbas kita akan tertanya, gila apa datang dari jauh pastu nak pergi melawat ke tapak rumah orang yang cukup membenci agama suci ini

tapi bila difikirkan balik, elok juga, sekurang-kurangnya kita tahu apa kesudahan nasib si malaun itu selepas kepalanya berjaya dipenggal oleh Abdullah bin Mas’ud dalam Perang Badar

dan kesempatan membelek-belek blog mereka yang pernah sampai ke Makkah tadi telah membawa aku ke penemuan ini

bayangkan betapa hinanya manusia ini, di saat rumah dan makam Rasulullah serta sahabatnya terus dirahmati, dikunjungi jutaan manusia setiap tahun, didoakan, dimuliakan, rupa-rupanya tapak bekas rumah Abu Jahal sekarang hanyalah sekeping tanah yang didirikan tandas di atasnya

di situlah orang meludah, di situlah orang kencing dan di situlah orang berak!

Dalam tulisan rakan wartawan aku di Utusan Malaysia dulu, Siti Ainiza Kamsari, Abu Jahal atau nama sebenarnya Amr bin Hisham atau dikenali juga sebagai Abu Al Hakam akan sentiasa menjadi satu figura yang melambangkan kejahatan seorang manusia tidak sahaja dalam soal agama malah terutama sekali soal akhlak.

Terkenal dengan sikap sombong dan bongkak, Abu Jahal suatu gelaran yang diberikan kerana jahil dalam agama (Bapa kepada segala kejahilan).

Namun kejahilan Abu Jahal di sini bukan bermakna beliau seorang yang bodoh, dungu atau buta mengenai Islam. Dia tahu bahawa agama itu agama yang benar.

Tinggal lagi hanya kerana tidak mahu kehilangan kedudukan, pangkat, nama dan pengaruh apabila mendapati Nabi Muhammad yang diutus untuk membawa dan menyebarkan Islam itu, yang jauh lebih muda daripada Abu Jahal, dikatakan cuba merampas semua itu daripadanya.

Kerana itu juga beliau dikenali sebagai Abu Al Hakam, bermaksud seorang yang bijaksana dan mengetahui segala serba serbi yang memberikan beliau satu kedudukan yang cukup lumayan, tinggi dan hebat oleh masyarakat Arab Quraisy.

Tetapi bila hadirnya Nabi Muhammad, mengapa tidak dia sahaja dipilih sebagai Rasul yang dikatakan lebih mulia, lebih bangsawan dan mempunyai kedudukan. mengapa Muhammad? Mengapa tidak Abu Jahal?

Lalu perasaan hasad seperti itu menyebabkan Abu Jahal cukup dengki terhadap baginda Rasulullah.

Maka tidak henti-henti dia menyakiti baginda, malah seluruh para pengikut baginda dan pantang sekali sesiapa yang menyebut mengenai Islam di hadapannya.

(Begitu pun dikatakan Nabi Muhammad sendiri tidak pernah berputus asa untuk menyeru dakwah kepada Abu Jahal. malah dikatakan baginda pernah menjadi tetamu Abu Jahal sebanyak 70 kali semata-mata tujuan dakwah dan berbaik sesama manusia).

Namun Abu Jahal walaupun pernah ditakutkan dengan kehadiran unta sebesar raksasa ketika hendak membunuh Rasulullah, tidak pernah mengenal erti serik untuk terus menyakiti Nabi Muhammad dan umat Islam di Mekah.

Bahkan apabila Nabi Muhammad terpaksa meninggalkan Kota Makkah untuk berhijrah ke Madinah, Abu Jahal adalah manusia yang paling gembira sekali.

Seolah-olah dia telah mencapai kemenangan besar kerana berjaya mengusir musuh ketatnya keluar dari Makkah.

Sehingga kini nama Abu Jahal tetap relevan untuk diguna pakai.

Sedangkan Abu Jahal itu seorang yang kafir dan masyarakat Melayu yang sudah tentunya beragama Islam tetapi pada hari ini jika berperangai tidak ubahnya seperti Abu Jahal pasti akan dilemparkan kata-kata: “Jahat atau degil macam Abu Jahal!”

by syahrilkadir

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   
 

No comments:

Post a Comment