share dari link fb ~ 1001 Idea Masakan & Makanan
SOTO AYAM
Bahan-bahan :
1 ekor ayam - direbus
Sup Bunjut ADABI
B.merah, b.putih, halia - ditumbuk
Nasi impit ADABI - rebus je yg plastik
Suhun - digoreng
[Hiasan]
Bawang goreng
Daun Bawang
Daun Sup
Cara-cara
-Buka sup bunjut dan kisar/tumbuk isinya. Utk memberikan lebih rasa. Kalau tak suka tak payah le bukak tp nanti rase cam kuah sup ayam je.
-Tumis b.merah, b.putih, halia sehingga kuning dan naik bau. Kemudian masukkan air rebusan/stok ayam yg direbus tadi. Kalau suka masukkan kentang dan tetulang ayam. Kuah soto siap. *Jangan lupa masukkan sup bunjut yg telah ditumbuk td.
-Ayam yg direbus td, digoreng dgn sedikit gaulan kunyit/garam.
-Selepas goreng, carikkan ayam mcm gambar. Ayam carik siap.
-Lastly, tuangkanlah kuah ke atas nasi impit, suhun yang telah digoreng dengan bergedilnya.
-Dan hiaslah soto dengan carikkan ayam diatasnye bersama-sama bawang goreng, daun bawang dan daun sup.
[Bahan kicap]
20 batang cili padi
2 ulas b.putih
1/2 cawan kicap manis
-kisar semua bahan
[Begedil]
Bahan-bahan:
2 bj kentang
segenggam daging cincang ramly
daun sup dicincang halus
5 sudu besar bawang goreng
satu sudu kecil garam
1/2 sudu kecil lada sulah
1 biji telur (di pukul)
Cara-cara:
-kentang dipotong dan digoreng hingga garing.
setelah garing, tumbuk atau lenyekkan kentang itu hingga hancur.
-kemudian ambil daging cincang dan gaulkan bersama kentang yg sudah dilenyek td.
setelah itu masukkan daun sup, bawang goreng, lada sulah dan garam.
-gaul hingga semua bahan sebati. kemudian ambil sedikit dan bulat2kan dengan saiz sederhana
akhir sekali, celupkan dalam telur dan goreng
blog saya
satu lagi boleh dilawati :
No comments:
Post a Comment