19 December 2013

PUDING ROTI SOS KASTARD

share dari link fb ~ 1001 Idea Masakan & Makanan

PUDING ROTI SOS KASTARD

Bahan-bahan :
7 keping roti putih-dipotong 4
3 sudu besar butter-dicairkan
1 tin susu cair ideal
2 biji telur
4 sudu besar gula pasir
1 sudu teh esen vanila
kismis dan hirisan kurma secukupnya

Bahan sos :
1/2 tin susu cair
1 1/2 cawan air
1 biji kuning telur
2 sudu besar tepung kastard
4 sudu besar gula pasir

Cara-cara :
-sapukan loyang dengan sedikit butter.susunkan roti berselang dengan kismis dan hirisan kurma pada setiap lapis.curahkan butter cair keatas roti yg telah disusun.
-campurkan telur, susu cair, gula dan esen vanila dlm satu bekas lain.kacau menggunakan whisk hingga sebati.
-kemudian, tuangkan campuran tersebut kedalam loyang berisi susunan roti.
-tekan-tekan roti supaya meresap dengan adunan tersebut.dan biarkan 15-20 minit.
-bakar pada suhu 180 selama 45minit

Cara membuat sos :
-campurkan semua bahan dan masak atas api perlahan sehingga menjadi sos dan sedikit pekat.
-sentiasa kacau menggunakan whisk supaya sos tidak berketul.
**sejukkan sos dalam peti ais sebelum dicurah diatas puding roti.

selamat mencuba

No comments:

Post a Comment