03 December 2013

Mushroom Quiche

share dari link fb ~Buku Resepi

Mushroom Quiche 
Oleh:Noor Abdul Rahim

Bahan-bahan Crust :
1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan butter sejuk - dipotong dadu
1/4 sudu kecil garam
3 sudu besar air sejuk

Bahan-bahan inti :

2 cawan susu segar
4 biji telur
2 sudu besar tepung gandum
1/4 cawan butter (55g)
3/4 cawan keju parmesan - diparut
200g keju cheddar - diparut
1 biji bawang besar size kecil - dipotong dadu kecil
1 packet cendawan butang putih - dihiris
5 keping chicken slices - di potong ikut suka hati (boleh digantikan dengan hotdog)
serbuk lada hitam secukup nya

Putih telur (bahan sapu)

Cara-cara :

1. Satukan butter sejuk, tepung dan garam. Dengan menggunakan alat pembancuh pastry atau garpu, lenyek kan tepung dan butter hingga sebati & butter tidak lagi berbuku. (macam kondisi berpasir tapi jgn dilenyek berlebihan nanti akan menyebabkan pastry keras)
2. Masuk kan air sejuk dan gaul rata.
3. Bulatkan dough dan bungkus dengan plastik pembalut makanan. Masuk kan kedalam peti sejuk sekurang-kurang nya selama 4 jam atau semalaman sebelum digunakan.
4. Untuk menggunakan pastry, roll dough dengan menggunakan roller hingga cukup tipis dan sesuai besarnya untuk di alaskan ke tin pembakar. Pastry nya jgn ditarik kerana ianya akan mengecut sedikit apabila dibakar. Ketepikan sementara buat inti.
5. Panaskan butter. Masuk kan bawang besar & tumis hingga layu. 
6. Setelah naik bau, masuk kan cendawan. Tumis hingga setengah masak. Masuk kan lada hitam & matikan api.
7. Satukan telur, susu dan tepung. Gaul rata jangan bergentel.
8. Masuk kan keju parmesan & cheddar. Gaul rata.
9. Sapukan putih telur pada kawasan dalam tepung crust yg telah disediakan. Jangan sapu putih telur pada atas tepi tepi crust (nanti crust hangus diatas)
10. Taburkan cendawan ke atas crust (jgn ambil airnya). Kemudian susun kan chicken slices atau hotdog.
11. Tuang adunan susu tadi perlahan-lahan kedalam tin pembakar yg telah disusun dengan cendawan & sebagainya. Bakar selama 10 minit pada suhu 200 darjah celcius. Kemudian selepas 10 minit, turunkan suhu oven kepada 175 darjah celcius dan bakar lagi selama 20 - 25 minit.

** Quiche banyak di jual di cafe seperti starbuck. sebutan 'quiche' ialah kish.

Selamat mencuba

1 comment:

  1. bestnya, tapi akk takut nak buat crust dia, takut tak jadi...

    ReplyDelete