Kerepek Peria
Bahan-bahan:
Peria (boleh guna peria biasa atau peria katak) - dibasuh sebelum potong nipis-nipis melayang
Tepung - aku guna tepung goreng yang biasa diguna untuk cucoq pisang, tepung ni campuran tepung beras, tepung jagung dan baking powder.
serbuk kunyit
Serbuk jintan
Serbuk ketumbar
Serbuk cili/tandoori
Garam
sedikit air
*serbuk-serbuk ni letak la dalam satu camca teh, agak-agak bagi ada rasa. Tepung tu bagi menyalut tepung, kerangupan tepung dicampur dengan kegaringan peria yang nipis tu. Perghhh!!!
Caranya:
1. Gaul semua bahan kering. Gaulkan peria dengan campuran tepung.
2. Tuangkan air sikit-sikit sambil menggaul supaya tepung tu menyaluti kepingan peria tu.
3. Perap sat. Lepas tu goreng sampai garing dengan minyak banyak. Depa kata goreng terendam
No comments:
Post a Comment