09 December 2013

Uslub Dakwah - Salah satu cerita yang di ceritakan pada tetamu yang hadir adalah kisah tentang gurunya sendri Habib Omar

share dari link fb ~هورون الزهراء

Sewaktu perjumpaan di multaqa daie di darul mustofa habib ali jufri menceritakan tentang uslub dakwah pada para daie yang hadir pada waktu itu.

Salah satu cerita yang di ceritakan pada tetamu yang hadir adalah kisah tentang gurunya sendri Habib Omar 

Kata habib ali jufri

"Pada ketika aku berumur 9tahun dan habib omar dalam umur 14 tahun (taqriban) aku sudah mula belajar di tarim . Pada waktu itu zaman kezaliman. Org2 yang mahu berdakwah semua di halang. Jika mahu juga kena buat pengesahan pada kerajaan. Orang2 perempuan di tindas. Dan bermacam2 lagi.

Peristiwa sewaktu hari terakhir habib omar bersama ayahandanya. Selepas solat ayah habib omar, habib muhamad keluar dari masjid untuk buat pengesahan utk berdakwah. Dan bila keluar tak balik2 ke masjid. Habib omar tercari2 di mana ayah beliau. Bayangkan seorang lelaki kecil kehilangan seorang ayah secara tiba2. Bliau bertanya pada ramai orang tetapi smua org tak tahu. Yang hanya tinggal ridak yang di tinggalkan ayah beliau selepas solat.
Dalam kedaan habib omar dan abgnyaa habib ali masyur sahaja berada di tarim.. ibunya di mekah dan adik beradik lain di tmpat lain.

Tetapi habib omar tidaklah terlampau sedih di sebabkan kehilangan ayahnya tetpi sedih memikir apa yang ayahnya telah bawak utk berdakwah kepada orang2 di luar nnt. Bagaimanakah nanti.

Ketika itu aku, habib kadzim , habib omar khattib dan beberapa lg sahabt yang lain mahu mengaji bersma habib ali masyur. Kami kena mengaji senyap. Ad yang simpan kitab dalam baju ada simpan kitab dalam bekas sayuran2 takut nnt di ketahui oleh pihak2 penzalim. Bertapa susah mahu belajar agama pada masa dahulu.

Habib omar pada usia 16tahun sudah mula keluar berdakwah di sekitar tarim. Bercakap di dalam masjid. Mula utk mengajak manusia kearah kebaikkan.

Di usia beliau dalam linkungan 20tahun . Beliau bermusafir ke baida' (nama tempat ) dengan harapan mahu pergi ke mekkah untuk mengaji di sana. Dengan berbekalkan 100riyal yaman(klu mesia skg dalam rm1.50) shaja tanpa meminta2 duit kepada sesiapa utk bermusafir. sesampainya beliau di baida' beliau berjumpa dengan Habib Muhamad iaitu kawan rapat ayahnya habib omar utk meminta izin mengaji di mekkah. Habib Muhammad tidak mengizinkn habib omar utk pergi. Habib meminta habib omar mengaji di baida' dahulu . Selama 10tahun lebih kurg habib omar belajar di sana.

Semasa di sana habib omar memang dalam kedaan susah. Setiap ari hanya makan biskut "mery" yang brrharga 5riyal. Berkat susahnya habib omar beliau dikurnikan ilmu yang sangat banyak.

Pada satu hari masa mula habib omar mahu mula berdakwah pada org2 di baida' habib omar pergi ke tempat orang2 main bola. Beliau menyaksikan permainan bola pada msa tu sampai habis. Sesudah habis.. habib omar pun memanggil kedua2 kumpulan main itu. Beliau berkta " aku telah meraikan kalian dgn melihat permainan bola td , jadi aku mahu meminta kalian pula raikan aku. Esok aku mahu memberi hadiah kepada kumpulan mana yang menang dengn syarat esok main bola dengan memakai seluar panjang" budak2 bola itu pun setuju..

Keesokkan harinya habib omar dtg balik utk menyaksikan permainan bola. Mana kumpulan yang menamg habib omar bagi hadiah. Pada waktu akhir habib omar berkata kpd mereka" aku telah meraikan anda semua. Bolekah anda semua meraikan aku dengan hadir ke madrasah mengaji sedikit cuba dahulu. (Sambil senyum)
Selepas itu berkata permain2 bola "kami malu mahu hadir , di situ ramai org hebat2 alim2."

Kata habib omar "jika begitu datanglah mengaji pada waktu malam" 

Mereka pun bersetuju. Kerana mereka rasa segan dgn adab akhlak yg habib omar tnjuk snggup seorg yang mengaji agma meraikan mereka..

Dan kini ,setelah sekian lama telah keluarnya kini dari pemain2 bola itu ulama2 hebat ada yang berdakwah sana sni ada yang da berjaya. MasyaAllah. Berkat habib omar.

Habib omar berdakwah dari hati ke hati.. 

Dan aku sekarang bukanlah mahu mengagungkan beliau. Tetapi aku mahu memberitahu uslub dakwah cara habib omar menyampaikan . Nak berdakwah bukan syarat kena pandai bertutur kata tetapi kena kuat mahabbah dengan Allah. Kerana hati Allah yang pegang ..dan berapa rmai yang mahu berdakwah tidak sampai hasilnya kerana berdakwah mahu hasil yang cepat dan merasakn diri sendri memberi pertunjuk memberi bekas. Padahal Allah yang mengerakkan.. Allah..


(Sewaktu habib ali jufri menceritkan kisah ini mengalir air mata habib omar) 

MasyaAllah!!!!

No comments:

Post a Comment