14 December 2013

ROH vs JASAD

share dari link fb ~Ustaz Nasir
 
ROH vs JASAD

Allah memaklumkan dalam Al-Quran manusia dijadikan dari bahan yang hina iaitu TANAH dan AIR MANI. 

Tanah ni tempat kita pijak, sedangkan air mani kalau tumpah ke tanah ayam pun tak nak...

Keluar saja air mani dari tubuh kena cuci tubuh seluruhnya (mandi hadas besar). 

Lalu Allah tiupkan roh dan jasad yang hina tadi digunakan untuk membungkus roh..

Maka jadilah manusia (roh dan jasad). 

Di sini kita dapati nilai roh LEBIH TINGGI berbanding nilai jasad kerana sampai masanya kelak jasad akan terkubur dan hancur di mamah tanah manakala roh akan meneruskan perjalanannya menuju ke alam Barzakh

Kebanyakan manusia (terutama di akhir zaman ini) menitik beratkan jasad dan mengabaikan roh...seolah2 yang wujud hanya jasad dan roh tak pernah ada!

Mereka menghabiskan usia menghias jasad supaya kelihatan anggun, cantik dan menarik manakala roh (hati) terbiar tak terurus...

Pada hal kecantikan "dalaman" itulah yang perlu di utamakan...

Semoga kita diberi kesedaran untuk mengutamakan roh kita agar ia menjadi cantik, indah dan anggun dihiasi peribadi terpuji dan sifat2 yang mulia
 

No comments:

Post a Comment