23 December 2013

NASI AYAM (✿◠‿◠)

share dari link fb ~1001 Idea Masakan & Makanan
NASI AYAM (✿◠‿◠)


Bahan-bahan

1 ekor ayam-belah 4(cuci dan toskan)

Bahan perap ayam :
4 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap pekat manis
2 ulas bawang putih -tumbuk halus
1/2 inci halis-tumbuk halus
garam&gula

Bahan sup :
2 ulas bawang putih-diketuk
1 inci halia diketuk
1 sup bunjut adabi

Bahan Nasi ayam :
2 pot beras-dicuci
1 ulas bawang putih-diketuk
2 ulas bawang merah-dimayang
1/2 inci halia-diketuk
sedikit serbuk kunyit

Bahan cili :
3 biji tomato
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
4 biji cili api(kalau nak pedas)
cuka, garam, gula

Bahan Sos Kicap :
lebihan sup perap ayam tadi.tapis dan tambahkan kicap dan gula.

Bahan hiasan :
Salad, tomato, dan daun sup.

Cara-cara
-rebus ayam dengan air yang bnyk(agak-agak cukup digunakan utk buat sup & tanak nasi).masukkan sekali bawang putih, halia, sup bunjut.
-bila ayam dah separuh masak.angkat ayam dlm mangkuk(lebih elok tinggalkan bhagian tulang spt kaki ayam/kepak utk sup yg lebih sedap).
-ambil air sup utk tanak nasi.yg selebihnya tambahkan gula&garam.renehkan dan dah siap jadi sup 
-perap ayam dengan Bahan Perap Ayam selama 1/2 jam atau 1 jam.
-basuh beras, masukkan dlm rice cooker bersama air rebusan ayam tadi dan serbuk kunyit.dalam kuali, tumiskan Bahan Nasi(bawang putih, bawang merah dan halia) bersama marjerin/butter.tumis hingga garing dan curahkan tumisan kedalam rice cooker..tutup dan masak nasi.
-blend semua bahan utk cili.
-goreng ayam dan potong kecil-kecil.

selamat mencuba.


Blog saya satu lagi yg boleh dilawati :

jasminshahab205@gmail.com  - blog - Di Celah-Celah Kehidupan

No comments:

Post a Comment