19 December 2013

RENUNGAN MALAM: mengambil pengajaran daripada POHON SEMALU

share dari link fb ~ Ramli Joned

RENUNGAN MALAM:

Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada POHON SEMALU dari 4 aspek:-

1] Pohon SEMALU akan kuncup apabila disentuh... Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya)..
2] SEMALU mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim....
3] SEMALU juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi.. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin....
4] SEMALU akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang... Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja... 


AMBILLAH PENGAJARAN dari pohon semalu, walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil...
 

blog saya satu lagi boleh dilawati :

No comments:

Post a Comment