09 December 2013

MAKAN SOP IKAN JERUNG TIDAK DAPAT MENGELAKKAN KANSER

share dari link fb ~Dr Zubaidi Hj Ahmad


MAKAN SOP IKAN JERUNG TIDAK DAPAT MENGELAKKAN KANSER

Para saintis telah maklum bahawa ikan jerung juga boleh mendapat ketumbuhan, malah kanser. 

Pengkaji di Australia baru-baru ini dapat merakan dan mengkaji satu ketumbuhan besar pada mulut seekor ikan jerung. Kajian ini diterbitkan dalam Journal of Fish Diseases pada Nov 2013.

Malangnya ramai yang mendakwa bahawa sop ikan jerung dapat mengelakkan seseorang yang memakannya dari penyakit kanser.

Salah faham ini dikelirukan oleh dakwaan penjual suplemen dan makanan kesihatan yang mendakwa tulang rawan ikan jerung dapat merawat penyakit kanser.

Sehinggakan di beberapa buah negara berjuta-juta ekor ikan jerung yang dibunuh setiap tahun untuk mendapatkan tulangnya.

Wallahu a’lam.

No comments:

Post a Comment