AHLI SUFI dan SOLAT.
Ahli Sufi berpandangan, solat itu mempunyai 4 bahagian:
1. Menghadirkan hati semasa di tempat ibadat
2. Penyaksian akal kepada Allah s.w.t
3. Mengkhusyukkan hati tanpa keraguan
4. Menundukkan anggota tubuh tanpa perasaan takut
KEHADIRAN HATI di dalam solat akan mengangkat hijab. PENYAKSIAN AKAL akan menghapuskan perbalahan hati. KEKHUSYUKKAN HATI pula akan menundukkan anggota dan membuka pintu-pintu. Maka dengan itu wujudlah pahala.
Sesiapa yang melakukan solat tanpa kehadiran hati, maka solat itu adalah solat yang lalai. Sesiapa yang bersolat tanpa akal menjadi saksinya, itulah solat orang yang lupa. Sesiapa yang solat tanpa khusyuk, itulah solat orang yang salah. Sesiapa yang solat tanpa tunduk anggota-anggota badannya, itulah solat orang yang kasar. Maka sesiapa yang menunaikannya dengan sepenuhnya, itulah solat yang sempurna.
No comments:
Post a Comment