27 December 2013

Renungan sejenak..

share dari link fb ~ He Who Has No One HAS Allah
Renungan sejenak..


Kepada mereka yang rasa susah dan sedih dalam perjuangan dan kehidupan ingatlah hidup kita untuk Allah. Redha Allah...


Mufti Zainal Abidin rah pernah pesan pada anaknya ketika dalam kapal terbang sambil melihat luar tingkap, mana rumah kita. Mana negeri kita, dimana negara kita. Di mana bumi.......semuanya kecil.

Allah Maha kaya dan maha hebat Allah. Seluruh masalah dunia ini kecil sahaja bagi kita...Bila kita menuju pada Allah dan perintahnya seluruh masalah dunia ini menjadi kecil...

Marilah kita tadah tangan dan minta padanya dengan penuh kehinaan dan rendah diri di waktu malam ini atau sebelum tidur kita ambil wudu dan berdoa.

Ya Allah tuhan yang maha tinggi... kami hambaMu yang tidak memiliki apapun. Tiada milik kami. Kaulah pemilik segalanya. 
Kau fahami kami lebih dari kami faham kami.

Ya Allah ampunkan kami semua. Jadikanlah setiap kesusahan hidup kami asbab hidayat buat kami dan umat. Ya Allah tuhan kami kasihankanlah semua saudara kami yang masih jauh dariMu.

Bawalah setiap orang bukan Islam kepada Islam dan orang yang jauh dariMu dekat padaMu..-ebit lew

[Ustaz Ebit Lew]

blog saya satu lagi boleh dilawati :

No comments:

Post a Comment