13 December 2013

Hidupkan SAYYIDUNA HABIBUNA AL-MUSTOFA RASULULLAH di hati mu

share dari link fb ~Siti Nurhidayah Zainol
 
Hidupkan SAYYIDUNA HABIBUNA AL-MUSTOFA RASULULLAH di hati mu

Jikalau NABI itu hidup di hatimu, ianya akan dipenuhi dengan kecintaan.
Jikalau NABI itu hidup di hatimu, ianya akan membiasakan sunnahnya dan adabnya.
Jikalau NABI itu hidup di hatimu, ianya akan merindukannya dan berakhlak dengan akhlaknya.
Jikalau NABI itu hidup di hatimu, ianya akan membawa kegigihannya bersama ALLAH.

Jikalau NABI itu hidup di hatimu, nescaya engkau tidak boleh memutuskan silaturrahim yang baginda laranginya.
Jikalau NABI itu hidup di hatimu, nescaya engkau tidak mengutamakan sesuatu yang binasa berbanding yang kekal.
Jikalau NABI itu hidup di hatimu, nescaya engkau tidak cemarkan hatimu yang hidup dengan RASULULLAH dengan maki hamun ataupun sikap membenci, walaupun terhadap orang yang mencacimu atau menyakitimu.
Jikalau NABI itu hidup di hatimu, masa itu tidak akan berlalu, melainkan engkau akan memohon rahsia kehidupan dengan mengingati ALLAH TA’ALA.

"Tidak ada pintu untuk mendapat kecintaan dari ALLAH SWT kecuali melalui pintunya RASULULLAH ﷺ. Kerana itu untuk mendapatkan cintaNYA ALLAH SWT, dengan cara mencintai orang yang dicintaiNYA, iaitu RASULULLAH ﷺ ." ~ AL-HABIB UMAR BIN HAFIDZ ~

"Hidupkan RASULULLAH ﷺ dalam dirimu nescaya kamu akan terjaga dari melakukan perbuatan yang tidak elok kerana tidak akan sanggup kamu lakukan perkara buruk sedangkan Rasulullah wujud dalam hatimu"
~ AL-HABIB ALI ZAENAL ABIDIN BIN ABU BAKAR AL-HAMID ~

#SalamJUMUAHMUBAROKAH

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

No comments:

Post a Comment