share dari link fb ~Buku Resepi
KEK MARBLE
Oleh: Nurul Nurda (resepi shj)
Bahan-bahan:
~ 200gm mentega
~ 250gm tepung gandum*
~ 1 sudu kecil serbuk penaik*
~ 1 sudu kecil soda bikarbonat*
~ 1 sudu besar susu tepung*
~ 200gm gula kastor
~ 1 sudu besar ovelate
~ 4 biji telur
~ 1 sudu kecil esen vanila
~ 15ml air
~ coklat emulco/strawbery/orange/ pandan emulco (ikut suka, klu takder coklat emulco blh pkai 1 sudu besar serbuk koko bancuh dgn 2 sudu air suam)
~bahan bertanda * perlu diayak.
Cara-cara:
~ Pukul mentega bersama gula dan ovelate sehingga kembang
~ masukkan telur satu per satu dan pukul lagi sehingga kembang dan gebu
~ bila dah sebati masukkan esen vanila dan bahan-bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. pukul lagi dan tambahkan air. gaul sehingga rata.
~ bahagikan adunan kepada 2 bahagian. satu bahagian asal dan satu bahagian lagi dicampur coklat emulco/perisa lain (ikut selera masing2)
~ panaskan oven terlebih dahulu dan alaskan tin kek 9 inci dengan kertas minyak. tuang adunan berselang seli kedalam tin sehingga hbs.
(nak cantik blh wat camne ~3 sudu adunan asal, 3 sudu adunan berperisa sebanyak 4 kali, 2 sudu adunan asal, 2 sudu adunan berperisa sebanyak 4kali dan 1 sudu adunan asal, 1 sudu adunan berperisa sehingga hbs)
~ bakar pada suhu 170c selama 40-45 minit mengikut oven masing2. pas 45 minit uji kek ngan cucuk kat tengah2 kek dengan lidi..klu dah kering maksudnya kek dah masak la tue.
selamat mencuba! :)
No comments:
Post a Comment