26 January 2013

KEHIDUPAN



KEHIDUPAN itu bukanlah satu permainan atau perebutan kalah menang antara lawan kerana lawan kita yang sebenarnya adalah diri kita sendiri.

Saat kita tunduk mengalah, kita lupa bahawa Allah itu tidak menyukai hamba hamba-Nya yang lemah dan mudah berputus asa. Sebesar apapun halangan yang kita hadapi, jangan pernah lupa bahawa jika Allah menghendaki sesuatu terjadi, tidak ada sesiapa mampu menahan-Nya.

Allah Maha Mengetahui.

Tiada Daya dan Upaya Kecuali Dengan Izin Allah لا حول ولا قوة إلا بالله

" Dan orang orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar benar berserta orang orang yang berbuat baik."

[ QS : Al 'Ankabuut : 69 ]

No comments:

Post a Comment