15 January 2013

Falsafah di Sebalik Capal Nabi SAW 


share dari link fb ~DekNa Salmieza Ba'alwy

Falsafah di Sebalik Capal Nabi SAW
Syaikhul Hadith Maulana Zakaria al-Kandahlawi dalam syarah kitab "Syama’il at-Tirmizi" menyatakan: "Gambar lakaran capal dan kelebihan serta keberkatannya telah diberikan dengan begitu terperinci di dalam kitab "Zadus Sa`id" karangan Maulana Asyraf 'Ali Thanwi (rahmatullah 'alaihi). Khasiatnya tidak putus-putus. Beliau telah mengalaminya beberapa kali. Beliau berkata ; dengan menyimpan sebuah gambar lakaran capal ini seseorang itu akan diberkati dengan ziarah bertemu Rasulullah, akan dilepasi daripada ancaman kuku besi penzalim, mencapai kemasyhuran dan berjaya di dalam segala cita-cita melalui tawassul capal ini. "

Kemuliaan Junjungan Nabi s.a.w. terlalu amat sehingga apa sahaja bersama baginda turut menjadi mulia. Kemuliaan, keberkatan dan keagungan baginda melebihi segalanya selain Allah s.w.t. Kemuliaan Junjungan tertumpah sehingga ke capalnya yang dibawa bersama menghadap Rabbul Jalil, dan sehingga lakaran capalnya yang dilakar demi kecintaan kepada tuan empunyanya mengandungi keberkatan dan berbagai rahsia. 

Antara kelebihannya ialah seperti diceritakan oleh Imam al-Qastallani dalam kitabnya "al-Mawahibul Ladunniyyah" (2/174):
Di antara kelebihannya yang telah dicuba manfaat dan keberkatannya ialah apa yang dikisahkan oleh seorang syeikh yang soleh, Abu Ja'far Ahmad bin Abdul Majid: “Aku telah membuat misal capal ini untuk seorang muridku, maka dia telah berjumpa denganku pada suatu hari dan berkata: "Kelmarin aku telah melihat keberkatan capal ini yang ajaib. Isteriku telah ditimpa sakit yang berat sehingga hampir-hampir mati, maka aku letakkan misal capal tersebut pada tempat sakitnya dan berdoa "Allahumma Ariniy Barakata Sohibi Hazan-Na'li" (Ya Allah, tunjukkanlah aku keberkatan tuan empunya capal ini, yakni Junjungan Nabi s.a.w.), lalu dia disembuhkan Allah pada waktu itu juga”. 

Telah berkata Abu Ishaq: "Telah berkata Abul Qasim bin Muhammad: "Di antara yang telah mujarrab keberkatannya ialah sesiapa yang membawanya bersama dengan niat untuk mengambil berkat, jadilah dia selamat daripada kejahatan penjahat, memperolehi kemenangan ke atas musuh dan mendapat penjagaan daripada syaitan yang jahat serta dipelihara daripada kedengkian orang-orang yang hasad. Dan jika dibawa oleh orang perempuan hamil yang sedang sakit hendak bersalin pada sebelah kanannya, nescaya dipermudahkan urusannya tersebut dengan pertolongan dan kekuatan Allah."
 

No comments:

Post a Comment