24 January 2013

Ya ALLAH! Hidupkan kami dengan kehidupan kekasihMu.

share dari link fb ~Fatimah Nurussana Mastura - 
7 November 2012 


❝ Jikalau kamu memohon ikatan kehidupanmu
bersama ALLAH تعالى , manakah ikatan dari kehidupan
Baginda صلى الله عليه وسلم dalam dirimu...?

Matamu ini, hidupkannya dengan kehidupan mata Baginda.
Janganlah engkau lihat kepada perkara yang haram.

Telingamu hidupkannya dengan kehidupan telinga Baginda.
Janganlah mendengar dengannya perkara yang haram.

Jangan engkau tuturkan dengan lidahmu melainkan ianya
menyebabkan engkau bertemu dengan RasuluLlah.

Jikalau Nabi itu hidup pada hatimu,
nescaya engkau tidak bisa memutuskan silaturrahim yang Baginda laranginya.

Jikalau Nabi itu hidup pada hatimu,
nescaya engkau tidak sanggup makan sesuap benda halal
walaupun ianya seluruh dunia ini.

Jikalau Nabi itu hidup pada hatimu,
nescaya engkau tidak mengutamakan sesuatu yang binasa
berbanding yang kekal.

Nescaya engkau tidak mencemarkan hatimu
yang hidup dengan RasuluLlah
dengan caci hamun ataupun sikap benci membenci
walaupun terhadap orang yang mencaci mu atau menyakiti mu.

Jikalau Nabi itu hidup pada hatimu,
masa itu tidak akan berlalu melainkan engkau
akan memohon rahsia kehidupan dengan mengingati ALLAH جل جلاله...

Pohonlah perkara sebegini dan hidupkanlah dengannya
rumahtanggamu bersama sunnah RasuluLlah.
Hidupkan masjid-masjidmu dengan membaca kalamuLlah.
Hidupkan jalan-jalanmu dengan adab-adab RasuluLlah.
Hidupkan pasar-pasarmu dengan adab
serta hukum-hakam RasuluLlah...

Hidupkan pengertian sebegini,
nescaya engkau hidup dengan kehidupan
yang tidak akan musnah dan berakhir selama-lamanya.
Sehingga ALLAH Menghimpunkanmu bersama kehidupan
sebenarnya dalam alam barzakhmu.

Kemudiannya di hari kiamat bersama al-Habibi المصطفى.
Kemudiannya di Syurga Firdausi yang tertinggi.
Semoga ALLAH Menjadikan kita dari mereka yang hidup sebegini.

Ya ALLAH!
Hidupkan kami
dengan kehidupan kekasihMu.
Ya ALLAH!
Hidupkan hati kami
dengan kehidupan hati kekasihMU.
Ya ALLAH!
Hidupkan ruh-ruh kami
dengan kehidupan ruh kekasihMU.
Ya ALLAH!
Hidupkan keperibadian kami
dengan hidupnya keperibadian kekasihMU.
Ya ALLAH!
Hidupkan akal-akal kami
dengan kehidupan akal kekasihMU.
Ya ALLAH!
Hidupkan jasad kami
dengan adab, sunnah dan hukum-hakam kekasihMU.
Ya ALLAH!
Hidupkan seluruh diri kami
dengan kehidupan seluruh diri kekasihMU.

Sehinggalah kami melalui
dengan kehidupannya atas kehidupan kalamMU.
Maka kami hidup dengan kalam dan kitabMU.
Kemudiannya kami hidup
dengan semua itu beserta ikatan kami denganMU.
Wahai Yang Maha Hidup lagi Menghidupkan,
Penggerak langit dan bumi.

Ya ALLAH!
Bantulah kami untuk mengingati, mensyukuri,
serta beribadah kepadaMU dengan sebaiknya.

Ya ALLAH!
Lihatkanlah bagi kami kebenaran itu sebagai kebenaran
dan jadikan kami pengikutnya serta lihatkanlah bagi kami
kebatilan sebagai kebatilan.

Ya ALLAH!
Ampunilah kami dengan taubat nasuha.
Bersihkan kami dengannya pada tubuh badan, hati dan ruh kami.

Ya ALLAH!
Ampunilah kami pada apa yang telah lalu.
Peliharalah kami untuk apa yang masih ada ini.
Ya ALLAH!
Peliharalah kami dan layanilah kami.

Ya ALLAH!
Letakkan kami pada jalan mereka yang dicintai.
Hidupkan kami dengan kehidupan mereka itu.
Matikan kami dengan kematian mereka.
Himpunkan kami pada hari kiamat
bersama ketua orang-orang dikasihi.

Ya ALLAH!
Hidupkan kami dengan mencintainya.
Ya ALLAH!
Hidupkan kami dengan mencintainya.
Ya ALLAH!
Hidupkan kami dengan mencintainya.

Ya ALLAH!
Hidupkan kecintaannya dalam hati kami.
Ya ALLAH!
Hidupkan kecintaannya dalam hati kami.
Ya ALLAH!
Hidupkan kecintaannya dalam hati kami.

Ya ALLAH!
Hidupkan cahayanya dalam batin kami.
Hidupkan hidayahnya pada zahir kami.
Hidupkan perjalannya dalam rumahtangga dan kehidupan kami.

Ya ALLAH!
Janganlah Engkau tanggalkan dari hati kami
cahaya ikatan dengan Sayyidina Muhammad...❞

- Kalam dan munajat Habibana `Ali Zain al-`Abideen ibn `Abd al-Rahman al-Jifri حفظه الله تعالى

اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور

جزى الله عنا سيدنا محمداً
صلى الله عليه وآله وسلم ما هو أهله
بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
♥... الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين
 

No comments:

Post a Comment