27 January 2013

Sebarkan Kebaikan


share dari link fb ~Majlis Ta'lim Darul Murtadza


Dalam perbahasan Kitab Riyadhus Solihin di Majlis Ta'lim darul Murtadza 25 januari 2013, Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid menerangkan bahawa:

Orang yang melakukan satu "sunnah saiyiah" (Sunnah yang tidak baik, kebiasaan yang tidak baik, amalan yang mungkar) diikuti oleh orang lain, maka orang yang berbuat sunnah yang mungkar tadi akan menanggung dosa orang yang berbuat (sebab dia yang mula).

Sepertimana orang yang memulai kepada amalan yang baik, lalu diikuti oleh orang lain, orang yang mencetuskan amal baik itu akan diganjar sebanyak orang yang mengikuti tanpa dikurangkan ganjaran orang yang dimulai.

Itu adalah satu ketetapan yang ada di dalam riwayat hadith Nabi S.A.W. "Barangsiapa orang yang melakukan sunnah yang baik, lalu diikuti oleh orang lain, maka akan diganjar oleh Allah S.W.T."

orang yang memulainya sebanyak orang yang mengikutnya tanpa dikurangkan ganjaran yang mengikutnya.

Tapi orang yang berbuat tidak baik,lalu diikuti orang, mengajak orang lain berbuat tidak baik dan diikuti, maka dia pon akan menanggung dosa orang yang mengikutinya tanpa mengurangkan dosa orang yang mengikut.

25 Januari 2013

No comments:

Post a Comment