28 January 2013

Perkongsian bersama: Trilogi Ibn Qayyim:


share dari link fb ~He Who Has No One HAS Allah


Perkongsian bersama:

Trilogi Ibn Qayyim:

Pancaran hati : 

Bergantunglah kepada Allah ketika orang lain bergantung kepada dunia. Bergembiralah kerana Allah ketika orang lain bergembira kerana dunia. Berbahagialah dengan Allah ketika orang lain berbahagia bersama-sama kekasih-kekasih mereka. Akhir sekali, cintailah Allah dengan sebenar-benar cinta ketika orang lain menghadapi para raja dan pembesar untuk mengais harta dan cinta mereka.


Penyakit dan ubatnya : 

Sesungguhnya dalam hati ada robekan yang tidak dapat dijahit kecuali menghadap sepenuhnya kepada Allah. Dalamnya juga ada keterasingan yang tidak mampu diubati kecuali menyendiri bersama Allah. Ada juga kesedihan yang tidak mampu diseka oleh kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah dan ketulusan berinteraksi dengan-Nya. Ada kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan kecuali berhimpun kerana Allah dan meninggalkan kegelisahan itu menuju-Nya. Dalam hati juga ada gejolak api yang tidak mampu dipadamkan kecuali oleh keredaan akan perintah, larangan dan keputusan Allah yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran hingga tiba saat perjumpaan dengan-Nya.

Perindu Surga : 

Jangan sesekali putus asa untuk teguh menunggu gerbang meski engkau terusir. Jangan sesekali berhenti memohon ampun meskipun ditolak. Apabila gerbang terbuka, segeralah masuk seperti tamu yang tidak diundang. Kemudian tadahkan tanganmu dan katakanlah : Tolonglah, saya adalah orang miskin. Bersedekahlah untuk saya….!

[Mindasunnah.blogspot.com]

No comments:

Post a Comment