29 January 2013

Mati itu adalah pasti...hidup itu InshaaALLAH jika DIA masih izinkan kita bernafas di muka bumi (dunia ini) bagaimana cara kita mengisinya sementara menuju ke tempat yang ABADI itu..???



Kita tak nak mati pun, kena mati juga. Kita tak ingat mati pun, mati tak pernah lupakan kita. Masalah besar tu. 

So, apa yang perlu kita buat? 

◆ Pilih CARA mati & berusaha mendapatkannya. Saya kongsikan 2 hadis tentang mati mulia atau dikenali mati husnul khatimah.

1✉•► Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: "Sesiapa yang keluar rumah atas tujuan menuntut ilmu (ilmu Fardhu Ain) maka dia berada di jalan Allah (seperti seorang mujahid) sehingga dia kembali ke rumahnya semula."

~ HR Imam Tirmidzi رحمه الله.

Di dalam hadis lain yang saya sempat catat di dalam kelas Feqh pula adalah seperti di bawah ini;

2✉•► Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: "Sesiapa yang keluar rumah untuk menuntut ilmu, maka dia seperti seorang yang keluar berjihad pada jalan Allah. Jika dia mati, maka matinya mati syahid. Jika dia selamat pulang ke rumahnya, maka dia telah pulang bersama pahala & harta rampasan perang (keuntungan yang banyak)." 

Allahu akbar, ia adalah usaha yang semua orang mampu melakukannya. Ingat sahabat! Belajar ilmu Fardhu Ain itu adalah WAJIB hukumnya. Namun wajibnya itu mendapat pulangan yang sangat istimewa iaitu MATI SYAHID. 

Takkan kita tak cemburu dengan orang yang mati syahid. Jom ler cemburu & cari kelas Fardhu Ain mulai sekarang. Cepat intai² kelas ツ.
----------------------------------------------------------------

Semoga saya, adik beradik yang saya kasihi & anda semua bersemangat & berusaha gigih untuk mendapatkan mati mulia ini. MATI di dalam MENUNTUT ILMU = MATI SYAHID (AKHIRAT). Semoga kita di antaranya, Allahumma amin ...

No comments:

Post a Comment