24 January 2013

Cerita karya Aisya Sofea dijadikan drama bersiri lagi selepas dari adaptasi novelnya ADAM dan Hawa yang baru saja tamat.

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Lagu Intro 


" Bibir tidak perlu berkata bila hati sudah mula bersuara " 
Cinta pandang pertama antara Kamilia Najwa dengan Zainal Arief membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Perkahwinan tanpa restu apabila ibu dan ayah Kamilia tidak menyenangi Zainal Arief yang tidak sedarjat dengan mereka. Demi cinta mereka bersatu jua. 

Namun kepulangan Zainal Arief ke tanahair tanpa kembali membuatkan hidup Kamilia terumbang-ambing di negara orang keseorangan. Di tambah dengan keadaannya yang hamil tanpa pengetahuan Zainal Arief. 

Kamilia di bawa pulang oleh orang tuanya. Dalam keadaan fikiran yang tidak menentu, Kamilia melahirkan Misya. Mujur Azman setia di sampingnya. Azman banyak membantu memulihkan semangatnya yang hilang setelah ditinggal Zainal Arief.

Adi Putra dan Rita Rudaini yang memegang watak utama (sebagai Zainal Arief dan Kamilia Najwa ) pelakon lain yang menjayakan drama ini ialah  Shahz Jazle sebagai Azman Dato Razali , Adik Nur Fureena Ezlin sebagai Misya ( anak Kamilia dan Zainal arief)  Dian P Ramlee sebagai ibu Kay 
(Kamilia Najwa).

" Bibir tidak perlu berkata bila hati sudah mula bersuara "  
Cinta pandang pertama antara Kamilia Najwa dengan Zainal Arief membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Perkahwinan tanpa restu apabila ibu dan ayah Kamilia tidak menyenangi Zainal Arief yang tidak sedarjat dengan mereka. Demi cinta mereka bersatu jua.
Namun kepulangan Zainal Arief ke tanahair tanpa kembali membuatkan hidup Kamilia terumbang-ambing di negara orang keseorangan. Di tambah dengan keadaannya yang hamil tanpa pengetahuan Zainal Arief.
Kamilia di bawa pulang oleh orang tuanya. Dalam keadaan  fikiran yang tidak menentu, Kamilia melahirkan Misya.  Mujur Azman setia di sampingnya. Azman banyak membantu memulihkan semangatnya yang hilang setelah ditinggal 
Zainal Arief.
Pertemuan pertama selepas 9 tahun mereka berpisah..lidah kelu untuk
berkata pada mulanya

9 tahun sudah berlalu. Kemunculan Zainal Arief meragut ketenangan 
hidupnya semula. Kamilia tahu Zainal Arief pasti mahukan kepastian 
tentang Misya yang disembunyikan dari pengetahuan lelaki itu. 
Puas Kamilia bertanya sebab dan alasan Zainal Arief meninggalkannya 
 dulu, namun tiada sebarang penjelasan yang diberikan Zainal Arief.
Dalam rela dengan tidak, Kamilia menemukan juga Misya dengan 
ayahnya, Zainal Arief. Kemesraan yang ditunjukkan Misya dengan 
Zainal Arief sungguh meruntun hatinya. Anak kecil itu langsung tidak 
mendendami ayahnya yang meninggalkan sekian lama sedangkan 
Kamilia masih menyimpan rasa itu. Dia merasakan Zainal Arief
 merahsiakan sesuatu dari pengetahuannya.
Zainal Arief melamarnya buat kali kedua. Buntu dan binggung
 fikirannya. Rasa kasihan pada Azman yang setia menunggu hatinya 
terbuka untuknya. Namun, Azman begitu memahami Kamilia. 
Dia sanggup berundur diri demi kebahagian Kamilia. Dia yakin 
cinta Kamilia hanya untuk Zainal Arief.
Mereka bersatu kembali. Namun dalam hati Kamilia masih ada
 syak wasangka terhadap Zainal Arief yang kini suaminya kembali. 
Puas di tanya alasan Zainal Arief meninggalkannya dahulu, namun
 Zainal Arief hanya meminta kemaafan darinya dan berjanji tidak
akan mengulangi perbuatannya dulu.
Diyakini Kamilia yang cintanya tidak pernah berubah dari dahulu
hingga kini. Hanya Kamilia di hatinya dan ditambah dengan kehadiran 
Misya sebagai penguat kasih sayangnya pada wanita itu.
Akhirnya, kebenaran terungkai jua. Rupanya ayahnya sendiri yang 
membuat onar. Sanggup ayahnya menggunakan kuasa yang dimilikinya 
untuk mengugut keluarga Zainal Arief. Zainal Arief terpaksa menurut 
segala kemahuan ayah Kamilia jika mahukan adik-adiknya meneruskan 
pelajaran mereka.
Kamilia begitu kecewa dengan perbuatan ayahnya meskipun ayahnya
telah menyesal dengan perbuatannya dan mahukan Zainal Arief dan 
Kamilia bersatu semua. Dialah yang merancang pendedahan tentang 
Misya di majalah dengan harapan Zainal Arief akan terbaca mengenainya 
dan mencari Misya.

Zainal Arief begitu marahkan Kamilia kerana memarahi ayahnya. Pada
Zainal Arief biarlah semua yang berlaku dulu sebagai pengajaran untuk 
mereka dalam menilai kehidupan. Walau macam mana buruk pun perbuatan 
ayah Kamilia itu sebagai anak Kamilia tidak berhak memarahi ayah 
kandungnya sendiri. Kamalia yang terasa hati dengan kata-kata Zainal 
Arief terus melarikan diri ke kampung mertuanya.
Tanpa disedarinya, dirinya hamil lagi. Perubahan itu disedari oleh ibu 
mertuanya. Di beritahu Zainal Arief akan perkembangan itu dan Zainal 
rief muncul untuk memujuk Kamilia. Diterangkan dengan jelas kejadian 
9 tahun lalu dengan harapan tiada lagi permasalahan yang timbul 
selepas ini.
Kamilia yang terharu dengan pengorbanan suaminya itu, berasa sungguh
bertuah dapat memiliki lelaki itu. Di buang segala keraguan dalam dirinya. 
Dia yakin cintanya masih utuh untuk lelaki yang bergelar suami ini. Dia 
berdoa semoga bahagia yang mulai bersinar ini akan terus bersinar 
menerangi kehidupan mereka.
Sumber : aznanie
 Wah panjang lebar betul penulis ni tulis pasal sipnosis novel
share dari link blog kak  ina kl  --- http://www.kakinakl.com/2013/01/sinopsis-novel-
sehangat-asmara-aisya.html

No comments:

Post a Comment