25 January 2013

Lagi Adaptasi dari Novel dijadikan drama tv- karya Siti Rosmizah pulak kali ni, CINTA KAU DAN AKU kali ni siaran di tv1 ganti TRILOGI CINTA rasanya Khamis dan Jumaat

Maklumat yang diterima dari Buku Prima

BERITA TERBARU! TERHANGAT! TERHANGIT! PANASSSSSS! PENANTIAN TELAH BERAKHIR! FARISH HAKIMI DAN FARISYA BAKAL MENEMUI ANDA!

Drama yang diadaptasi dari novel Cinta Kau dan Aku karya Siti Rosmizah akan bermula tayangannya untuk tontonan ramai mulai 15 Februari 2013 (Jumaat) jam 10.05 malam di TV1!

Ia akan diputarkan 2 kali seminggu iaitu pada hari Khamis dan Jumaat. Eeee, tak sabarnya....Drama yang akan menggabungkan Fizz Fairuz dan Sara Ali sebagai hero dan heroin! So tungguuuuu....

cover cerita di tv nanti
dan ini Novelnya
Kalau karya Siti Rosmizah yang satu lagi top meletop tu ANDAI ITU TAKDIRNYA pun akan dibuat adaptasi drama tv mesti yg itu lagi meletop bestttttt 

Sinopsis ringkas dari cerita ni .....
"Apa, jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat kau tu jantan ke nak jadi driver", marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikann awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" Soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

Ulasan...
Selepas membaca novel pertama penulis ini, maka ianya membuatkan aku teruja untuk membaca novel yang ke-2 ini dengan harapan ianya juga akan lebih menyengat dari yang pertama. Tapi setelah membacanya... ianya biasa-biasa je. Kisah yang berkisar tentang kehidupan yang dilingkungi dengan perasaam kasih sayang, hasad dengki, tamak haloba, suka, duka dan lain-lain. Memang terlayang seketika tatkala membacanya, terutamanya semasa membaca babak babak antara Farish Hakimi dan Nur Farisha Iman yang sedang dilamun cinta pandang pertama, berkasih dan sayang, kahwin dan cerai... diselit pula dengan watak Milah, Zack Kapchai, Cikgu Zulhilmi, Farah dan Suraya sebagai penambah rencah dalam jalan ceritanya... boleh la layan walaupun ianya taklah seperti yang diharapkan semasa di awal pembacaan. Moga selepas ini penulis dapat mencipta kelainan di dalam novel beliau yang akan datang.

share sinopsis dari link blog http://mamaerra.blogdrive.com/archive/182.html

ini karya novel siti rosmizah yang lain yg tak kurang hebatnya kalau lah dapat semua ni dijadikan drama tv confirm meletop2..


kan best...cuma yg terbaru kurang sikit cerita nya kebudak2an TAKDIR ITU MILIK AKU kurang sikit jalan ceritanya tebal juga dan meleret2 tpi yg ni semua best

No comments:

Post a Comment