25 January 2013

Tanda-Tanda Sakit Buah Pinggang


share dari link fb ~ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA
Tanda-Tanda Sakit Buah Pinggang

1. Bengkak Badan - Mengalami bengkak air yang teruk dan rasa sakit pada pinggang, kaki dan bahagian dalam tumit kaki.

2. Demam - Mengalami demam yang berulang. Contohnya, anda demam beberapa kali dalam seminggu.

3. Gatal-gatal Badan - Sekiranya seluruh badan anda mengalami gatal-gatal, ia menandakan badan anda banyak toksin.

4. Hilang Selera Makan - Selera anda hilang secara tiba-tiba. Bila makan, terasa ingin muntah. Kesannya, anda akan mengalami penurunan berat badan secara tiba-tiba.

5. Kerap Buang Air Kecil - Kerap buang air kecil (kencing) di waktu malam. Tetapi setiap kali kencing, hanya sedikit sahaja yang keluar.

6. Mudah Letih - Anda akan berasa mudah letih berbanding sebelum ini. Biasanya anda boleh melakukan aktiviti lasak tanpa masalah, tetapi kini prestasi anda sudah tidak seperti biasa.

7. Sakit Kepala - 
Anda sering sakit kepala yang berpunca daripada tekanan darah tinggi.

8. Sakit Pinggang - Anda terasa macam menyucuk-nyucuk dan sakit di bahagian pinggang. Rasa sakit pada bahagian dalam dan bukan pada tulang.


Petua Untuk Merawat
Penyakit Buah Pinggang


Pilihan A:

1. Ambil beberapa helai daun misai kucing dan bersihkannya.

2. Rebuskan daun tersebut sampai mendidih.

3. Setelah mendidih, biarkannya suam.

4. Kemudian, minum air rebusan daun misai kucing 2 kali sehari.

5. Amalkannya setiap hari selama 1 minggu.

Pilihan B:

1. Ambil beberapa helai daun pegaga beserta akarnya sekali.

2. Bersihkannya terlebih dahulu.

3. Kemudian, tumbuk daun pegaga dan perahkan airnya.

4. Perahkanlah air pegaga ke dalam cawan dan campurkannya dengan sebiji telur itik. Tetapi anda hanya perlukan bahagian putih telur.

5. Seterusnya, kacaukan campuran tersebut dan minum sekali sehari.

6. Amalkan petua ini setiap hari selama 1 minggu.
 

2 comments:

  1. mak sy pesakit buah pinggang stage 5.tp alhamdulillah slps 5 tahun dealilis.skrg mak ay tak.perlu lg buat dealiss.dan kembali hidupbmacam org normal selepas mengamalkan arabic gum atau getah arab yg di import dari sudan.sesiapa yg nak cuba boleh hubungi sy 0195491600

    ReplyDelete
  2. Salam, saya jual Gum Arabic dari Sudan. 100% asli dalam bentuk powder, terus bancuh dengan air sejuk, lawat blog saya http://gumarab.blogspot.com/

    ReplyDelete