12 March 2013

(MESTI BACA) Adab Kentut (membuang angin) menurut Sunnah.


share dari link fb ~PanduanIslam.com


(MESTI BACA)
Adab Kentut (membuang angin) menurut Sunnah.

Islam melarang kita melakukan sesuatu perbuatan yang memalukan diri seperti kentut dihadapan orang ramai dan sebagainya. Walaubagaimanpun bagi mereka yang terkentut maka hendaklah menyembunyikan perbuatannya dan meneruskan pekerjaannya seperti biasa.

Hal ini berdasarkan hadith daripada Aisyah RA yang berkata, Nabi Salallahualaihiwassalam bersabda : إِذَا أَحْدَثَ أَحَدُكُمْ فِي صَلَاتِهِ فَلْيَأْخُذْ بِأَنْفِهِ ثُمَّ لِيَنْصَرِفْ 'Jika salah seorang daripada kamu terkentut sewaktu solatnya maka hendaklah dia memegang hidungnya lalu beredar (dari solat).' [riwayat Abu Daud no. 1114]

Kata al-Khattabi, perintah supaya memegang hidung itu supaya seolah-olah orang lain menyangka dia menghadapi hidung berdarah dan keluar bukan sebab kentut. Ini adalah bagi melindungi perkara yang memalukan dan tidak termasuk berbohong sebaliknya dari akhlak yang baik. [Awn al-Ma'bood]

Manakala bagi orang yang lain pula adalah haram mengejek dan mentertawakan orang yang terkentut sebaliknya mereka harus meneruskan urusan seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Bahkan di dalam hal ini, menutup aib saudara kita adalah merupakan suatu sunnah dan kemuliaan.

Abdullah bin Zam'ah RA meriwayatkan bahawa Nabi Salallahualaihiwassalam menegur perbuatan mereka yang ketawa ketika terkentut dan buang angin dengan sabdanya : لِمَ يَضْحَكُ أَحَدُكُمْ مِمَّا يَفْعَلُ 'Kenapa salah seorang daripada kamu ketawa terhadap apa yang dia juga lakukannya? [riwayat al-Bukhaari dan Muslim]

Hadith di atas bermaksud kentut itu dilakukan oleh semua orang maka tidak sepatutnya dia ketawa terhadap orang yang terkentut kerana dia juga mengalaminya. Bahkan Imam An-Nawawi rahimahullah menyebutkan bahawa hal ini adalah menjadi hujah bahawa dilarang mentertawakan orang yang kentut sebaliknya dia harus mengabaikannya dan meneruskan urusannya seperti biasa seolah-olah dia tidak mendengarnya. Hal ini termasuk dalam adab dan akhlak yang baik dengan manusia lain. [Al-Minhaj]

DIPERSILAKAN SHARE.

2 comments: