16 November 2013

RICH CHOCOLATE PUDDING

share dari link fb ~Resipi Puding

RICH CHOCOLATE PUDDING
Oleh:Marsha Mohamed

Bahan bahan - Untuk Choc Pudding
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar choc emulco
1 1/2 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
4 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 ( 10-11gm )

Cara cara:
Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.Masukkan butter, kacau hingga pekat.Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.

::Kuah Kastard::

Bahan bahan:

1 tin susu cair
2 gelas air
5 sudu besar gula pasir
secubit garam
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
fruit coktail - untuk hiasan

Cara cara:

Masak susu, air dan gula dgn api yg perlahan sampai didih. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuangkan dalam adunan kuah. 

Tambahkan secubit garam dan esen vanila.Biarkan kuah mendidih.Biarkan sejuk masukkan dlm peti ais supaya sedap di makan bila sejuk.

Untuk menghidang masukkan kuah dalam mangkuk besar. Letakkan ais dan fruit coktail dan letakkan puding kegemaran tadi dan siap utk di hidangkan.

No comments:

Post a Comment