Perkongsian Resipi dari ~ Sharifa Barakbah Nasi minyak
BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras basmathi
4 cawan air
1 cawan susu cair
2 helai daun pandan- disimpul & ikat
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna kuning-tak letak pun tak pe
Sedikit kismis kuning
5 sudu besar minyak sapi untuk menumis
BAHAN TUMISAN :
2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 inci halia
4 biji buah pelaga
2 inci kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji bunga cengkih
CARA MEMASAK :
Kupas semua bawang dan halia serta dipotong nipis-nipis . Basuh beras dan rendam beras selama sejam .
Periuk nasi di letakkan atas dapur dulu untuk menumis semua bahan-bahan . Panaskan semua minyak sapi dalam periuk nasi kemudian tumis semua bahan tumisan sampai wangi dan bawang menjadi layu kekuningan .
Kemudian masukkan semua air , susu cair, daun pandan serta biarkan sampai mendidih dan boleh la dimasukkan semua beras , garam secukup rasa dan kacau bagi mesra semua bahan-bahan . Terus angkat periuk nasi ini dan masukkan ke dalam badan periuk nasi untuk proses masak seterusnya macam kita masak nasi biasa guna eletrik . Bila dah masak boleh la ditaburkan sedikit saja pewarna kuning serta kismis dan gaul perlahan-lahan supaya sekata warna kuning dan kismis ini bersama nasi minyak
No comments:
Post a Comment