share dari link fb ~ Dapur Khazanah Bonda
Resepi Periuk Ajaib
MAKORONI BAKAR
Sesuai untuk sarapan pagi/minum petang.
Bahan2.
250gm makoroni
500gm daging kisar@4kpg daging burger
*saya gunakan daging ayam yg dicincang halus
1 biji bawang besar holland yg dipotong dadu
2 ulas bawang putih dicincang
Daun sup,daun bawang @daun bay secukupnya.
1 biji capsicum hijau dipotong dadu(jika suka)
2 sudu besar minyak masak
3 sudu besar rempah kari
Garam&gula secukupnya
5 biji telur (dipukul sedikit)
1 tin susu cair
Cara2nya:
Panaskan air,letak sedikit minyak&sedikit garam hingga mendidih.Masukkan makoroni &rebus hingga empuk(angkat & toskan)
Panaskan minyak,tumis bawang putih& bawang besar hingga wangi.Masukkan daging kisar/isi ayam/daging burger yang dihancurkan..Masukkan garam, gula,rempah kari yg dibancuh dgn sedikit air,masukkan daun sup,capsicum.Padamkan api.Masukkan makoroni&gaul sebati.Masukkan telor yg telah dipukul.Masukkan susu cair.Kacau hingga sebati.
*Masukkan makoroni ke dalam periuk ajaib.Bakar diatas dapur gas dgn api kecil selama 20 minit.Kemudian balikkan periuk ajaib .Boleh ditabur dengan chess jika suka.Tunggu sehingga masak keperangan dlm 15 minit lagi..
Hidang bersama sos cili dan mayonis.
Selamat Mencuba..
Periuk Ajaib Memudahkan aktiviti memasak anda!
No comments:
Post a Comment