15 November 2013

Peringatan buat diri sentiasa: [HIDUP INI ADALAH UJIAN]

share dari link fb ~He Who Has No One HAS Allah

Peringatan buat diri sentiasa:

[HIDUP INI ADALAH UJIAN]

Hidup ini semuanya adalah ujian. Dengan menyedari hakikat bahawa kehidupan ini semuanya adalah ujian, maka in shaa’ ALLAH, insan akan berhati-hati melaluinya.

Dia tidak akan tergopoh-gapah memilih tindakannya. Dia tidak akan membiarkan perasaan atau nafsu memandu tindakannya. Atau orang lain mempengaruhi tindakannya.

Sebaliknya, hatinya akan penuh sedar bahawa ia suatu ujian buat dirinya. Dia akan berbicara di dalam hatinya mengenai pilihan yang bakal diredhai oleh Penciptanya iaitu ALLAH. 

Dia akan melakukan pertimbangan, tindakan manakah yang bisa meluluskannya dan yang mana bakal menggagalkannya? 

Yang pada akhirnya membuatkan dia berkecenderungan untuk memilih pilihan yang dapat meluluskannya pada ujian tersebut, 
in shaa’ ALLAH.

La haula wa la quwwata illa biLLAH.

Ya, kehidupan ini adalah semuanya ujian belaka!

Sangat berbeza sifat orang yang sedar dirinya sedang diuji dengan orang yang tidak sedar!

No comments:

Post a Comment