29 November 2013

Janji Allah, ada kejayaan dalam setiap solat & sujud. Hanya Allah Maha Mengetahui.

share dari link fb ~Al-Quran dan Hadis

Seorang Professor Neuroscientist dari St Edward's University di US, Dr Fidelma O'leary berkata bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke otak manusia padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal. 

Dr Fidelma mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapannya. Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia memperolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia dengan sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh kaum Muslimin dalam solat. 

Bila perkara ini berlaku, maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekaligus menguatkan pemikiran kita, terutama ketika sujud pada waktu solat Subuh. Sujud juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim bagi ibu yang mengandung.

Dr Fidelma telah memeluk Islam semasa pengajiannya dan berkata, "Saya tidak dilahirkan sebagai seorang Islam, saya memilih Islam dan sangat selesa dengannya. Saya amat bersyukur dapat mendekatkan diri saya dengan Tuhan setiap masa."

Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Walaupun kita buat usaha mengajak manusia kepada Allah di mana-mana, tapi selalulah berdoa supaya Allah sebarkan hidayah ke seluruh alam. 

Janji Allah, ada kejayaan dalam setiap solat & sujud. Hanya Allah Maha Mengetahui.
 

No comments:

Post a Comment