06 November 2013

KEK DURIAN versi sukahati

share dari link fb ~Buku Resepi


KEK DURIAN versi sukahati
Oleh:Zue Taqwallah
Like:www.facebook.com/bukuresepi

BAHAN-BAHAN
1 ketul mentega - dinyahbeku
1 cawan susu segar
3 cawan gula halus
3 biji telur - asingkan kuning (putih telur siap pukul hingga kembang)
4 cawan tepung berprotein (bole juga guna tepung kek segera)
1 sudu kecil asen vanila
20 ulas durian - asingkan isi dari biji (kemudian dikisar supaya halus)

CARA-CARA
Pukul mentega dan gula hingga kembang,masukkan esen vanila.kemudian masukkan kuning telur sedikit demi sedkit.pastikan kacau dgn kelajuan minima.kemudian sudah kembang,masukkan pula tepung sedikit demi sedikit utk elak berketul.masukkan susu sedikit (jgn dihabiskan),kemudian ulang masukkan tepung dan susu.Jika adunan tepung dan susu tadi sudah cantik,licin didlam pemukul,boleh masukkan putih telur yg siap dipukul tadi.pastikan kelajuan pemukul minima.akhir sekali masukkan isi durian.biar sehingga semua sebati.masukkan didlam loyang yg siap digris dengan sedikit majerin.bakar didlam oven 160-170` selama 45 minit.untuk pastikan kek masak,cucuk sedikit di bahagian tengah dengan pisau,jika tiada isi melekat,bermakna kek sudah masak.keluarkan dari oven,biar sejuk barula dikeluarkan dari loyang.

SELAMAT MENCUBA
 

No comments:

Post a Comment