share dari link fb ~Nor Acma
Mencetak kehidupan bermula dengan mencetak hati. Melakar lukisan hidup adalah mengikut garis lakaran hati. Potret kehidupan adalah cerminan wajah hati. Jika hati cantik, akan berserilah wajah kehidupan kita dan begitulah juga sebaliknya.
Hati juga mempunyai basirah atau penglihatan. Penglihatan hati bisa menembusi pandangan kasar. Pandangan hati selalunya lebih tepat berbanding renungan mata kasar. Mata hati yang terpandu oleh cahaya Illahi akan menyuluh kehidupan ini.
Jika kita sedang berjalan dalam kegelapan, cahaya lampu suluh amat bermakna buat kita. Jika kehidupan dunia ini adalah satu perjalanan yang penuh kegelapan yang melalaikan, maka suluhan hati berpaksikan cahaya iman itulah yang amat diperlukan.
Didiklah hati dengan cahaya rabbani dan nabawi. Didiklah diri kita dengan adab dan pekerti Nabi. Ajarilah diri kita menjadi hamba Tuhan Yang Maha Latif. Corakkanlah kehidupan kita dengan panduan Al-Quran dan sunnah. Coretkanlah kitab amalan kita dengan catatan amal soleh. Semoga kita bertemu dengan husn al-khatimah.
In shaa Allah...
Petikan : Solusi Isu No. 28
No comments:
Post a Comment