25 November 2013

Siakap Stim Periuk Ajaib

share dari link fb ~Dapur Khazanah Bonda 
  
Siakap Stim Periuk Ajaib;
Bahan2:
1 ekor ikan Siakap 
3 ulas bawang putih
2 inci halia muda
2 batang serai
1/2 labu bawang besar
1 sudu kecil garam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar tepung jagung
Bahan perisa(jika perlu)
Sayuran:Bunga kobis,Jagung muda,Carrot,Lada Benggala(sekiranya suka)
Beb.biji cendawan butang
1/2 biji limau nipis(ambil airnya)
1 biji tomato
Daun bawang,daun sup,cili secukupnya.
Cara2nya:
Ikan yang siap dibersihkan diletak ke atas pinggan bujur yg tahan panas & dilumur dengan garam,bawang putih yg potong dadu serta sos tiram..biarkan seketika.
Potong semua bahan yg lain.
Air bancuhan tepung jagung &limau nipis disiram ke atas ikan.
Taburkan semua bahan lain ke atas ikan kecuali sayur2an. Masukkan air 200 ml ke periuk ajaib..@gunakan rak pengukus & masukkan pinggan bujur yg berisi ikan..
Stim selama 20 minit.
Kemudian taburkan sayur2an ke atas ikan & masak lgi seketika sehingga sayur2an lembut.
Taburkan tomato,cili, daun sup& daun bawang..sedia untuk dihidang.
Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment